Selepas lawatan di Terowong Chu Chi dan makan tengahari di Restoren Shamsuddin kami dibawa bersolat zuhur di Surau Annur. Surau ini menempatkan juga kelas agama bagi murid-murid Islam. Ada murid-murid di sini yang pernah belajar Maahad di Terengganu dan Al Bulqari ,Kedah.
Imam Surau Annur.
Bersama beliau ada juga ketua kampung .
Mereka mengalu-alukan kedatangan kami, saudara-saudara Islam ke surau mereka.
Sungguh tak disangka , kami dijamu dengan kuih baulu dan sebotol air mineral setiap seorang. Walaupun hanya air mineral kami sungguh rasa tersentuh dengan layanan mereka.
Surau ini terletak jauh dari jalan besar. Kalau tak biasa memang tak jumpa.
Di situ ada perkampungan Islam.
Tukang jahit pun ada yang mengoffer diri.
Ada blogger-blogger lain yang pernah ke sini dan membuat entry tentang surau ini.
Sememangnya mereka memerlukan bantuan kita untuk membangunkan agama Islam di sana.
No comments:
Post a Comment