08 January 2013

Malam di HCMC

Suasana malam di HCMC sangatlah happening. Semakin malam semakin meriah. Semakin ramai orang di  jalanan. Tambahan pula masa kami berada di sana dekat dengan sambutan Krismas day. 

Banyak perhiasan , lampu dan pokok-pokok krismas menghiasi landskap kota itu.
Dengan SALE yang nampak kedebom mengumpan pelanggan.

Aktiviti kami, sebelah malam adalah wajib keluar untuk cuci mata di pasar malam Vietnam. 
Apa lagi yang boleh dibuat di sini memalam kalau bukan ke sinikan?

Dua malam mencari kasut sukan untuk anak-anak.


Mak pilih ,  Abah tukang tawar.... hihihi

 Teksi Vietnam  VINASUN....yang boleh dipercayai

Penat ikut mak meronda....baru kau tahu.
Anak-anak yang lain dah balik hotel.

Depan hotel kami . 
Tunggu bas bawa pergi makan malam.


Singgah di TAKA PLAZA. Kat sini dapat beli baju kurung dalam RM 45 .
 Siap manik lagi. Kami semua pakat beli kat satu kedai orang Melayu Champa kat sini . 
Untung besar dia malam tu.
Ada juga yang beli jubah di sini.

Kedai dia di paras satu tak jauh dari pintu masuk sebeah kanan.
Dia juga berniaga di pasar malam.

Tapi berhati-hati jika berbadan gempal  kain tak boleh nak zip.
 Terpaksa datang tukar pula esoknya.
Maklumlah orang Vietnamkan kecil molek.

Sempat lagi tu , FM , keychain  dijualnya.



Dari Taka Plaza tunggu bas nak balik hotel.
Masuk bilik simpan barang keluar lagi  ke pasar malam.

Kawan saya Ana tengah belek apa tah? Ke berlakon je Ana... ni heheh

Ana dengan kak Noriah.
Dua beradik ni.

Best juga keluar memalam ni. 
Pernah keluar berdua dengan Alia , anak sulung saya. Abahnya nak tengok bola. Lambat sangat , mak keluar dulu . Nasib baik jumpa kat sana , kalau tak melepas kasut Adidas mak.
Mak pun nak juga sepasang.
Hahahah.





9 comments:

  1. Waah... Seronoknya... Vietnam tmpt percutian yg AmiRini ingin lawati

    ReplyDelete
  2. Best makan angin.jln tengok tempat org.

    ReplyDelete
  3. Baju kurung siap??
    Depa pakai ke baju kurung... atau sebab ramai orang Melayu shopping sana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siap khas utk org msia.tengok betapa rmai org msia ke sana.itu belum masuk butik hong anh lagi.

      Delete
  4. seonok nye jalan2 luar negeri. huu

    ReplyDelete
  5. coti2 ke vietnam ye.....seronoknya!

    ReplyDelete
  6. kami pegi pun naik taxi vinasun :)
    sbb ramai kata pakai meter dna x menipu
    tp bhs ayam itik ;)
    driver x paham sepatah pun cakap BI

    ReplyDelete
  7. kenal je budak vietnam baj

    ReplyDelete
  8. nama die sara..siang jual cotton di ben than..mlm niaga pasa mlm..

    ReplyDelete