09 February 2013

Alhamdullillah.

Malam tadi selamat tiba di rumah puku 9 malam dari KL. Perjalanan panjang 12 jam dalam kereta akibat sesak teruk di perjalanan sempena Cuti Raya Cina.

Keluar awal pagi dari rumah abang ipar di Mandy Apartment , Segambut. Dari situ bila keluar nak masuk highway ....wah kereta dak sesak. Lalu kami keluar ikut jalan Kuala Selangor ikut jalan biasa.

Macam-macam boleh dilihat dalam kesesakan ini. Ada driver yang terhingut-hingut dalam kereta bersembang dengan penumpang  di sebelah.  Kemudian ada kereta yang masuk side tepi siap bagi lampu kecemasan dan tiba -tiba berhenti di ruang tepi nak masuk tol. Oh ! rupa -rupa anak dah terkencing dalam kereta kut. Habis ditanggal baju dan seluar. Kereta dari Singapore pun banyak yang masuk ke Malaysia semalam .

Cuba masuk highway , tersekat dalam jem lagi.Lalu cari transit keluar terdekat . Keluar balik ikut jalam lama.  Phewh... lap peluh pelan-pelan.

Kami ke KL jemput Ain balik cuti . Bukan balik terus. Lega sungguh hati mak pak dia.Sampai pun dah hampir pukul 7 petang di sekolahnya.

Alhamdullillah , Ain tak jadi bawa beg pindah  balik dari SESERI. Janji nak belajar kat situ sampai SPM. Dia pun dah ok. Tak nangis-nangis lagi. Cuma nampak kurus sikit. Syukur sangat-sangat. Cerita Ain  ada DI SINI.

Terima kasih pada teman-teman maya yang prihatin , Ibu Hani, Lady Lavender, Nekcik, dan KakNi.

Selamat Bercuti dan menyambut Tahun Baru Cina.




4 comments:

  1. Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai walaupun jalan sangat sesak...

    ReplyDelete
  2. Salam Anim...semuga anak anak akan menghargai segala pengorbanan kita untuk mereka..alhamdulilah...teruskan berdoakan untuk anak anak..kerana doa ibu bapa tida hijabnya

    ReplyDelete
  3. assalam nieda..alhamdulillah..anak acik dulu pun macam tu..setahun tingkatang 4 tu la..dah tingkatan 5 ni baru nampak seronok dan ok dah dia

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah....ok dah ye....be strong both of u!

    ReplyDelete