Dah dua hari Shauqi tidak ke rumah pengasuhnya, umi dan abah umi. Suami uminya dipanggil abah umi.Hari ini juga bermakna mungkin Shauqi tak akan ke rumah uminya lagi seperti selalu.
Dua hari juga Shauqi belajar di Pra Sekolah tempat sekolah maknya mengajar.
Keadaan ini berlaku tak dirancang setelah beberapa hari lepas Shauqi tak mahu masuk ke kelas Tadika Islamnya. Bukan baru belajar di situ tapi dah bermula sejak tahun lepas lagi. Alih-alih tahun ni dia buat perangai. Mengamuk , menangis tak nak belajar di situ.
Rancangan asal biar dia di tadika Islam dulu ,tahun depan baru nak bawa ke Pra. Tak sampai hati nak pisahkan dengan umi dan abahnya. Mereka sangat baik menjaga Shauqi. Menghantar dan ambil Shauqi dari Tadika. Mandi dan siapkan Shauqi sebelum ke sekolah.Menjaga macam anak sendiri .
Susah nak cari pengasuh yang penyayang macam tu . Dari umur 6 bulan sampai nak masuk umur lima tahun mereka jaga Shauqi .
Bila dah masuk Pra , rancangan bertukar 360 darjah.
Sedih pula bila ingat Shauqi nak bercerai kasih dengan umi dan abahnya.
Bagusnya umi dn abah umi itu
ReplyDeletesenang hati klu dpt pgasuh yg baik n ikhlas jga anak kita
Betul kata Irfa... susah nak cari dan dapat penjaga anak macam umi dan abah umi tu... bukan setakat menjaga saja tp memberi kasih sayang juga....
ReplyDeleteSusah nk cari pengasuh yg baik skrg ni kn....jd mcm keluarga sendiri pulak!
ReplyDelete