08 August 2013

Shauqi and fahim

Shauqi dan Fahim.

Dua orang sahabat yang sangat rapat  dalam kelas Pra sekolah.
Seorang 5 tahun dan seorang 6 tahun.

Minum air berkongsi straw, makan ais krim sebatang kongsi berdua.
Main mesti main sama-sama.

Tak tahu macam mana boleh rapat ...tiba-tiba nampak sangat akrab.
Shauqi baru saja mendaftar  di Pra sekolah mulai bulan Mac lepas.

Sebelum ini dia di sekolah Tadika Islam Perak.
Tapi ..terpaksa tukar sekolah sebab dia buat hal pagi-pagi tak mahu pergi sekolah.

Tahun depan tak tahulah macam mana , sebab Fahim mungkin berpindah ke sekolah lain mengikut keluarga bertukar. Lagi pun dia dah naik tahun 1. Mesti tak sama dah.

Semoga bila besar nanti, tahulah Shauqi dia pernah bersahabat baik dengan Fahim anak Ustazah Shazila ni.



2 comments:

  1. Sahabat sejati sukar di cari. Mungkin si Fahim tu tak nakal dan bertolak ansur orangnya... tu yang membuatkan Shauqi selesa berkawan dengannya.

    ReplyDelete
  2. assalam nieda..selamat hari raya maaf zahir dan batin..andai ada tulisan dan komen dari acik yang tidak menyenangkan

    ReplyDelete