Surah ini adalah surah yang paling pendek dalam Al Qur'an, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan berasal dari sungai di Syurga. Kolam sungai ini diperbuat dari pada batu permata yang indah dan cantik.
Rasanya lebih manis dari pada madu, warnanya pula lebih putih dari pada susu dan lebih wangi dari pada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW, karena diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihinya, iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Thalib.
1. Ketika hujan, bacalah surah ini dan berdo'a. Insya Allah, do'a kita dikabulkan oleh Allah SWT
2. Ketika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher. Insya Allah hilangkan rasa dahaga.
3. Ketika kita sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak.
Sapukan air tawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4. Ketika rumah dipercayai terkena sihir, bacalah surah ini
10x. Insya Allah, Allah SWT memberi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu.
5. Jika kita membaca surah ini 1.000x.
Insya Allah rezeki kita akan bertambah.
6. Jika kita rajin membaca surah ini. Insya Allah hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan shalat.
7. Jika ada orang teraniaya dan terpenjara, bacalah surah ini sebanyak 71x. Insya Allah, Allah SWT akan memberikan bantuan kepadanya karena dia tidak bersalah tetapi dizhalimi. Rasulallah SAW bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)
Subhanallah
Sumber : FB
syukran berkongsi ilmu ni...kalam Allah SWT..mukjizat sepanjang zaman..
ReplyDeleteBoleh la SS amalkan nih... Tq...
ReplyDeleteSatu lagi Nieda..masa kuliah Dr.Fatma..dia kata kalau ada tamu nak datang..dan risau takut makanan tak cukup..maka bacalah surah ni sambil menghidang..insyaallah..memang ramai anak buah nekcik turut amalkan..insyaallah..tapi jgn lah pulak kita memang sengaja masak sikit ye!!!
ReplyDeleteTerima kasih kongsi ilmu semoga menjadi amalan.
ReplyDeleteAssalamualaikum...surah yang pendek...selalu menjadi pilihan saya untuk solat
ReplyDeleteGood info nieda... 👍 blh diamalkn
ReplyDeleteAwat thumbs up jd gitu tu? Huhu
DeleteAwat thumbs up jd gitu tu? Huhu
Deletesimbol thumbs up ke? alahai tkalau tak diberitahu saya pun tak tahu .lain yang di taip lain yg keluar..
Deleteselama ni kalau baca tahu baca saja.. tak pernah tahu kisah disebaliknya..
ReplyDeletethank you =)
ayat yg pendek tetapi byk manfaat
ReplyDelete