Ke Thailand lagi le kita ...
5 hari 4 malam .
Kali ini trip ke tiga dengan berkereta dan berjaya memandu sehingga ke Phuket bersama keluarga.
Trip sebelum ini hanya ke Hadyai walaupun berangan nak terjah sehingga ke Krabi.
Jun lepas KLIK DI SINI terjah Hadyai
Disember 2014 pula KLIK DI SINI ( Cari spare part kereta.)
Amboi, amboi setiap 6 bulan masuk Siam.....entah lah agaknya sekarang tak terbang maka ke situlah pilihan sesuai untuk makan angin mengikut jalan darat.
Selain berkereta kami juga pernah masuk dengan bas ke Hadyai untuk terbang ke Chiangmai pada tahun 2013.
Dari Hadyai ke Chiangmai juga
dan
Lawatan Penanda aras warga Pendidik ke Hadyai 2013 (tak dapat cari pautan)
Kali ini kami masuk melalui Padang Besar dan tidak melalui Bukit Kayu Hitam seperti selalu.
Tapi urusan imigresen sangat-sangat mudah tak sampai 30 minit dah
selesai sebab orang tak ramai di sini.
Menuju Padang Besar dari Changloon.
Kiri kanan pemandangan melaut dengan tanaman tebu.
Ada juga kawasan kosong yang tidak diusahakan .
Pondok kawalan polis di tengah perjalanan ke Padang Besar.
Tunggu giliran nak cop paspost.
Jangan lupa buat insuran kereta ke Siam.
Kami singgah di Changloon , di sini berderet kedai yang boleh buat insuran.
Kedai makan , kedai runcit semua boleh......kami juga tukar duit di kedai yang sama buat insuran .
Sedih bila tukar duit Malaysia dapat sikit..huhuhu.
Jika membawa kenderaan perlu diingat :
Bawa geran kereta (salinan pun tak apa)
Pastikan kereta atas nama sendiri atau jika kereta pinjam/ sewa pastikan
ada surat kebenaran dari pemilik asal.
Beli insuran kereta di pekan Changloon sebelum masuk ke sempadan Thailand.
Murah saja RM 14.
Bila semua dah ada , anda boleh memandu dengan senang hati .
Ini borang insuran kereta yang dah siap.
Tinggal nak hulur ke Imigeres Thai saja.
Dah masuk Padang Besar , Thailand.
Padang Besar Malaysia sebelum border.
Sebelah je...
Dari hadyai terus ke Krabi.
Lihatlah jalanraya Thailand ....luas , lurus , tiada tol tapi minyak mahal.
Kami berkonvoi seramai 4 keluarga. 11 orang anak dan seorang ibu kepada seorang ahli rombongan kami.
Hotel Green House , Krabi.
Kami bermalam di sini setelah sampai pada malam pertama di Thai.
Terletak dengan pasar pagi , sempat la singgah sekejap di situ.
Terletak di jalan Maharaj.
Lobby
Komputer dan boleh berinternet
Mesti bawa sorang satu.
Tengok jangan kata apa-apa...
Murid sekolah menunggu bas.
Dah petang sangat ni , bagi murid sekolah rendah. Di sana bukan musim cuti sekolah seperti di Malaysia,
Saya perhatikan murid-murid ini bersekolah hingga ke petang. Guru-guru juga masih berpakaian formal sepanjang hari. Bangunan sekolah yang besar-besar , juga padang yang luas pula berada di hadapan sekolah bukan di belakang macam sesetengah sekolah kita di Malaysia.
Banana Pan Cake di Krabi
Kami dah kena ketuk malam pertama di sini.
Minum teh dan kopi (untuk 6 orang) serta 5 keping banana pan cake ini 300 baht.
Cawan teh separuh saiz cawan di Malaysia ...cenonit je macam cawan nak minum air zam zam.
sambil minum dia buat show kat kami pula sambil diiringi lagu.
Macam pertandingan teh tarik F&N dulu- dulu .
Ternganga budak Shauqi ni..tengok teh tarik .
Teh merah dalam cawan comel.
Kopi kaw punya ...pun dalam gelas comel
Kereta sorang dari kami rosak pula esoknya sebelum kami bertolak ke Phuket.
Datanglah pomen tapi katanya kena tunggu dari spare part dari Bangkok. Kalau ada boleh siap seminggu , kalau barang tak ada sebulan atau lebih....hew,hew.
Dugaan betul bila sedang makan angin kereta rosak .
Rosak pula nun di negara asing.
Tapi sabar.. Allah nak uji kita tu.
Bincang punya bincang kami akan terus ke Phuket juga dan kereta akan kami selesaikan apabila balik dari Phuket nanti.
Nasib baik ramai, bolehlah tumpang kereta ahli rombongan yang lain.
Walaupun bertolak lewat pada pagi itu tapi misi diteruskan juga ke Phuket.
Pekerja hotel (baju merah) boleh kecek Kelantan. Senang banyak lah.
Dia orang Naratiwat. Dia yang banyak menolong bila kereta rosak ni. Tolong call mekanik semua dan jadi jurubahasa .
Nanti kita sambung lagi.
**Sedihnya saya tertinggal baju tidur di hotel ini. dah la bawa sehelai saja.
seronoknya travel mcm ni..kenapa x ajak sy? ;-)
ReplyDeleteOh...lain Kali ajak anies pula...hehe
ReplyDeleteOh...lain Kali ajak anies pula...hehe
ReplyDeletebest kalau ada family besar mcm ni and sporting bila ajak berjalan
ReplyDeleteni semua kawan2 sekerja ...bila travel bersama dah jadi macam adik beradik pula. ini geng yg selalu fly ke vietnam, ke jakarta sekali dulu . bila tahu ada trip nak aje mereka joint.
ReplyDeletePerghhhh... Siap bantal sorang satu...
ReplyDeleteBantal import from siam juga tu..keh,keh
DeleteIngatkan kalau nak masuk thai kena lalu bukit kayu Hitam rupanya ada jalan lain selain dari Bukit Kayu hitam. Padang besar ingatkan memang di perlis je rupanya kena bahagi 2 satu malaysia satu thai. oooooo kena bukak peta malaysia dan thaile gamaknya. Bestnya 3 tempat sekali harung
ReplyDeleteMelalui wang kelian pun boleh
DeleteLagi tak sesak
Itu bagusnya kalau pergi reramai ada masaalah boleh tlg antara satu sama lain.
ReplyDeleteCuba bayangkan kalau sorang bermasalah di tempat orang.
DeleteBila ramai 2 pakat bagi idea dan kekuatan
Assalamualaikum Nieda,
ReplyDeleteBestlah Nieda buat travelog camni..
Tak sabar tggu cerita seterusnya..
Terimakasih singgah di blog ini...sabar ya nanti saya sambung
DeleteTak pernah betul2 berjalan dekat thailand.. transit pernah la.. padahal orang kedah mmg dekat sangat dah.. changlun tu kampung halaman ja.. haha
ReplyDeletemesti lg puas hati gerak masuk ke krabi - phuket drive sendiri kan kak
ReplyDelete