27 January 2016

Hotel di Krabi, Phuket dan Trang

Mai  kita sambung cerita makan angin ke Thailand hujung tahun lepas. 
Kami pergi berkonvoi dengan 4 buah kereta dari Malaysia. Dengan kawan-kawan yang selalu berjalan juga ...yang pernah ke Indonesia dan Vietnam  sekali. 

Semalam  di Krabi dan dua malam di  Phuket telah ditempah awal  melalui agoda . Di Krabi kami menginap di town di Green House Hotel dan di Phuket pula di Lamai Inn .Kerja booking ini dibuat secara group , ada yang tolong bookingkan untuk semua ahli rombongan .

 Malam terakhir kami singgah tidur  di Trang sebab dah jauh malam untuk terus ke Hadyai. Di Trang kami tidur di Eco Inn. Hotel baru lagi ....nasib baik dapat yang ok sebab dah malam  . Yang ni tak tempah awal , pakai gamble je ...jumpa hotel kita singgah . Semua dah letih dan mengantuk . Itu pun tercanggak-canggak tak nampak hotel memalam ni...nasib baik ada member yang nampak signboard sebab hotel ini terletak ke dalam sikit dari jalan utama.


Hotel Green House , Krabi


Green House Hotel , Maharaj Road,
Krabi.

Standard Room.


Lobi

Reseptionist



Tanda ke hotel...gorilla di lampu isyarat

* Semua gambar di atas dari sumber google



                                             Green House Hotel dari sisi (kamera sendiri)

Marmar sampai ke  atas....



Lamai Inn, Phuket


Walaupun 2 malam  bermalam di sini tapi tak banyak gambar sekitar hotel. Jadilah  sekeping sebagai bukti dah sampai di sini.









Hotel Eco Inn, Trang


Eco Inn, Trang

Hampir jam 12 malam baru kami sampai di sini selepas bertolak balik dari Krabi. Kami ikut jalan shotcut yang di tunjuk oleh Haji yang kami jumpa di Krabi semasa kami mula sampai . Dia yang bawa kami cari kedai muslim, ke masjid bersolat sekali  dan bawa melawat  ke tapak fosil yang berumur 75 juta tahun di Krabi..... 75 juta tahun tu.   Dan yang penting ditunjuk kedai murah nak beli tshirt dan souvenir .  Nanti saya upkan cerita di entry yang lain fasal fosil ni...
Tapi jalannya gelap, lalu kut hutan dan hanya berselisih sebiji dua kereta sahaja .Kalau kami sekeluarga saja ..cuak juga  tapi nasib baik kami ramai. Perasaan takut tu kurang sikit laa...


Selepas melilau cari hotel dapat lah hotel ini....itu pun dah terlajak . Nasib baik member di belakang ternampak signboard hotel.  Semalam dapatlah harga 900 baht sekali sarapan....ada kuih onde-onde, roti , kopi dan teh. Siapa berani bolehlah makan tanpa was-was .

Eco Inn- Pendaftaran

Dari tingkap bilik kami tingkat 4...nampak kejiranan di luar sana.


Koridor



Boleh sewa bagi yang berhajat nak meronda.

Lobi depan

Bilik air bersilau-silau lagi.

Sisi pandangan sebahagian Trang dari tingkat 4  


Senyum sokmo


Orkid di pokok ...kreatif .
Di belakang motor pink ......

Deretan basikal untuk disewa.


Kami berlima beranak.
Kakak-kakak tak ikut kali ni .
Cuti tak sama.



Harga di hotel -hotel ini  semua bawah seratus. Tapi keadaan bilik , bilik air
 adalah memuaskan , bersih dan selesa. 
Itu satu faktor menarik untuk bercuti di Thailand bagi kami.

Tq abang sado akak yang memandu beratus-ratus kilometer.



Daa......
Sampai jumpa lagi...




18 comments:

  1. Hotel kt Phuket merah mnyala..bila dh letih, dapat hotel yg selesa mmg heaven..

    ReplyDelete
    Replies
    1. merah makngah ...dapat tilam gedebum jawapnya

      Delete
    2. wifi sampai ke bilik ....berdesup

      Delete
  2. Basikal dia tu gaya old scoll... kalau lama mesti best merempit naik basikal ni warna pun menyengat oren.

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah sekejap saja di trang ..tak sempat singgah mana. terus balik ke hadyai pagi2 esok tu.kalau tak boleh meronda di bandar trang dulu

      Delete
  3. plan nak ke Krabi.. nanti boleh refer sini lah ye..

    ReplyDelete
  4. Boleh...entry pun ditulis supaya dpt membantu org lain ke sana

    ReplyDelete
  5. Hotel di Thailand murah dan bagus. Info yang berguna Kak Nieda.

    ReplyDelete
  6. peeergh gamble cari hotel tu.. sebab dah lewat sngt kan.. tapi ramai tak apa.. kalo sbijik je keta adeh seram gak kan.. ada angkut geng its okay..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ...jalan berombngan boleh tumpang berani kawan2.

      Delete
  7. bilik murah2 and service tip top.. i looike.. yang Eco Inn tu hotel baru..
    tu yang silau2 tu hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya tahailand begitulah...hotel murah dan selesa

      Delete
  8. Bila dah letih memang hotel yg terdekat akan di pilih
    Janji bersih dan selesa dah memadai utk rehatkan badan aje pun.

    ReplyDelete
  9. bila badan dah letih..dpt bantal tilam pun dak ok.janji bersih..

    ReplyDelete
  10. Rasa macam nak buat road trip jugaklaaa..........:)

    ReplyDelete
  11. Secara taka sengaja dah terbincang2 dengan suami dan anak2 nak drive juga ke Krabi hi hi.. teruskan menghasut yan Nieda haha.. Tapi bilik hotel memang berbaloi la.. bersih dan selesa untuk kita yang luruskan kaki ni..

    ReplyDelete