Mencari makanan halal di Thailand tidaklah susah. Tak perlulah nak bawa bekalan makanan dari Malaysia kecuali memang nak save bajet dan ahli rombongan ramai.
Jika ternampak masjid adalah penempatan Islam dan berhampirannya mesti ada kedai atau pun restoren muslim. Tetapi satu saja yang susah nak jumpa jika anda dari Trang ke Hadyai.
Masa kami bertolak balik ( dah tengahari sangat ) kami makan di restoren Rohana dekat Hotel Kosit
tempat kami menginap Disember ( 2014) dua
tahun lepas .
Jadinya makan tenghari dah lanjut hampir 3 petang kut. Nasib makanan masih ada.....huhuhu.
Gambar bercampur-campur ...banyak pula gambar kali ini. masalahnya dari satu kamera dan 3 handfon. Pening nak susun gambar.
Lokasi : Tapak Fosil 75 juta tahun
Lelaki berbaju biru itu haji yang tolong kami start jumpa di masjid ( dari krabi ke krabi)
Carikan kedai/ restoren halal. tolong bawakan makenik (sorang ahli rombongan keretanya rosak), bawa ke masjid, unjukkan tempat fosil 75 juta tahun, and tunjukkan jalan shortcut dari Krabi balik ke Hadyai. Dah macam saudara pula...
Pulau Phi Phi...lepas makan layan gambar pula.
Besar tempatnya ...sekali dengan penempatan penduduk muslim di sini rasanya.
Bhagian belakang ada lagi rumah-rumah. Masjid kelihatan dari bot lagi.
Tapi bila sampai ke darat jauh juga nak ke situ dalam 20 minit berjalan kaki.
Makan tengahari di Pulau Phi-phi masa kami Island Hopping.
Pulau nikan ramai muslim dan ada sebuah masjid.
Katanya penduduk Islam di sini berhijrah dari Kepulauan Indonesia.
Di sini ada juga jualan cenderahati, tshirt , tandas disediakan .
Kami bersolat jamak di surau di restoren ini.
Rasanya macam rumah penduduk di sini kut...ada bilik-bilik, kain baju berlipat-lipat tempat kami solat tu.
Kuih tak tahu nama.
Rasanya macam talam berlauk.
Kami jumpa gerai makan halal di tepi jalan dari Phuket ke Krabi .
Walkie talkie sahut menyahut suruh cari kedai makan ...kelaparan dah.
Ini kedainya.
Ada jual pulut ayam, goreng pisang berbijan (sedap), kopi, teh memang sedap ..kaw-kaw punya.
Gerai minuman..akak bertudung tu. Tak menang tangan melayan .
Goreng pisang berbijan.
Rangup kup krap kup krap.
Seplastik 20 baht.
Kopi , teh pilihan hati.
Gerai pulut ayam.
Lain sikit pulut ayam Siam ni sebab ada macam bawang goreng dimakan sekali dengan isi ayam .
Kuih bentuknya bulat macam lompang tapi ada daun bawang dan serbuk udang rasanya kemudian curah sos pedas di atasnya .
Gambar terlebih silau...maaf.
Ini di restoren di Krabi.
Restoren baru buka 4 bulan.
Tuan Haji tengah tranlate untuk order.
Kami makan tomyam putih , dan telur dadar bersama nasi.
Air putih gratis.
240 baht.
Tomyam putih seafood....yang diorder oleh tuan Haji tadi.
Isi kupang dia gemoks sungguh.
Makanan kami tengahari tu sayur,tomyam , telur dadar hanya
240 baht untuk makan 5 beranak.
Jangan lupa minum air buah-buahan di sana...pekat likat melekat.
Makanan tengahari di Hadyai (restoren Rohana dekat dengan Hotel Kosit)
Nasi putih, tumis kupang, sambal belacan dan ulam 60 baht.
Restoren Rohana ada juga sediakan sup.....mee, kewtiew, bihun.
50baht. Budak-budak ni tak nak sayur pula ...jadinya bihun sup kosong dan fish ball 2,3 ketul.
Harga tanpa sayur 40 baht sahaja.
Makcik ni masih ada menjual nasi kerabu dan daging panggang...
60 baht sepinggan
Aiman dan Nasi kerabu tak boleh dipisahkan.
Di Krabi mencuba roti pisang...
Nasi goreng kampung di Phuket.
Kedai hadapan masjid Nur Islam , Patong.
50 baht.
Restoren ini ...depan masjid .
saya lupa nama restoren ini.
Kami 5 beranak naik tuktuk ke kedai makan ini. dari hotel penginapan agak jauh nak berjalan kaki. Walaupun ada kereta sendiri tapi sayang nak tinggal parking punya pasal kami naik tuktuk pergi dan balik 400 baht (return). Susah nak dapat parking , malam-malam memang happening depan hotel kami duduk ini. Depan tu pantai Patong. Meriah gilalah kawasan ini bila malam.
Jangan tertipu tau ..mula-mula depa nak 300 baht sehala.Tapi bila kami blahh baru dia panggil balik. Dapat lah 200 baht. Masa balik kami naik tuktuk yang dipanggil oleh pekerja di restoren halal tu. Pemandu yang ini muslim. jadi terus dia cakap 200baht.
Kedai ini terletak berhadapan masjid, ada satu lagi sebelah masjid .
Malam pertama kami dah merasa makanan di kedai Savanee, malam kedua kami cuba di kedai lain pula.
Jadi nak kata susah nak cari makanan halal tu agak sifarlah.
Yang pening sediakan ongkos.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSebut thailand... Of coz ler... Tom yeiiii kan kan kan.. ha ha ha..
ReplyDeleteyup...mesti cuba tomyam
Deletemesti laaa Tomyam sana kaw punya.. xde cam kat Malaysia ahaaaks..
Delete(Komen kat atas tu apa hal Nieda... - delete je.)
ReplyDeleteSelalu Nieda ke Thailand tiap cuti sekolah... Teringat saya masa belayar ke Phuket dan Krabi dua tahun sudah... Di Krabi mudah nak cari tempat makan tapi saya ni pulak jenis yang susah nak makan masakan luar.
ada juga ternampak cruise berlabuh di laut phuket...
DeleteBanyak jugak pilihan makanan halal tu.. nampak pun macam sedap2 belaka...lebih kurang makanan kita jugak yer?
ReplyDeletecitarasa macam kita juga...sebab tukang masak pun orang melayu juga ...melayu -thai
DeleteDri atas smpi ke bwah pic mkanan mmng terbaik smua nmpk sedap
ReplyDeleteseronok mak bila jalan makan angin mak pun cuti memasak...hehehe
Deleteehehe memang Kak Nieda nak jamu mataaaa kita tau..
Deletemasa ke Phuket for the first time, asyik kena makan thai food je. sampai jemu. then kitarang mintak nak makan sendiri lepas hari ke tiga. makan seafood kat kenai Pak Arab.. licin.
ReplyDeletekali ke dua pegi dgn Hubby n yg kecik. we all blasah makan ke resto Pak Arab. last nite ke makan tom yam. kat kedai org terenggganu. berselera.
sesekali bertukar selera...siam ke pak arab..
Deletebalik rumah makan selera kampung pula
kaknoor selalu peegi sekadar kt padang besar je, tk pernah ke thailand entah bila nk sampai tk tau lah
ReplyDeleteDah dekat tu...selangkah lagi dah masuk thailand.hari tu kami masuk melalui padang besar
Deleteehehe samalah kita Kak Noor.. x penah sampai Thailand lagi.. mak den tak kasi green light lagi.. kalo pegi memang makan macam2 laaa kat situ..
Deletebanyak gambar makanan..nmpak sedap semuanya..
ReplyDeleteBestnya pergi jalan-jalan. Tengok makanan dia pun, heaven je. =)
ReplyDeleteThailand best sebab harga mampu... kalau nak jalan oberseee yang tak mamputu memang tak dapatler kita pergi... Thailand makan sedap pulaktu...
ReplyDeleteDatang melawat hehe. Wah banyak jugak choice makanan thailand ye. Dah pergi banyak negara, negara jiran nih tak pernah lagi jejak kaki. Next time boleh plan ke thailand huhu
ReplyDeletehaaai ehehe lama CT tak singgah sini.. maafin gue =D
ReplyDeletepergh tengok makanan memangla telan ailio je kerja.. dahla makanan kat Thailand tu sedap2..
tapi CT pun kalo briya bawak makanan dari Malaysia ended up tinggai ahaha.. yang masak tu sikit sangat =P