Hari kedua selepas selesai settle kereta ahli rombongan yang rosak , kami pun bertolak ke Phuket.
Baca di SINI JUGA.
Jauh juga , katanya lebih 4 jam perjalanan untuk sampai ke Phuket.
Bila bertolak lewat dari jadual, ( rasanya dalam 11 pagi ) itu begini , singgah sana , singgah sini, solat , makan , ke tandas, terlepas simpang , tersilap jalan ....... kami sampai di Phuket hampir pukul 7 petang.
Perjalanan darat ini , walau habis masa di jalan tapi enjoy tengok kehidupan dan budaya di tempat orang. Ada yang tak pernah kita jumpa di tanah air ada di sana.
Apa yang saya nampak di Thailand , rakyatnya sangat menghormati raja mereka. Gambar raja Thai diletak di kaki jalan yang bersaiz besar ...dari jauh dah nampak. Jangan ada rakyat yang kurang ajar dengan raja nanti ada yang masuk penjara.
Banyak Kedai 7E di Thai....kita akan jumpa di petrol pam, di bandar - bandar apa la lagi,
selang 500m boleh nampak 7E .
Tapi yang seronoknya ....barang murah . Saja je cari jalan nak masuk 7E bila berhenti di stesen minyak untuk jamu mata pun jadilah. Lagi satu di sediakan kerusi panjang untuk pelanggan duduk di luar bangunannya. Bolehlah rilek -rilek sat sambil makan jajan.
Satu lagi...masa berhenti di trafiklight...kereta bagi tahu (melalui walkie talkie)......cuba pandang sebelah kiri ada b**i sekor. Orang bela b**i macam bela anjing atau kucing di Malaysia.Daging b**i pula dijual di atas pangkin macam orang jual daging lembu musim nak raya. Boleh terperasan tu ada gambar kepala binatang tu di pangkin jualan. Tapi yang ni kira kawasan kampung dah...di bandar ada pasar khas macam di pasar Maharaj di Krabi tu.
Nampak tak kerusi kayu di situ?
7E
Jalan ke phuket
Hari dah petang....tak sampai-sampai lagi.
Kematu dok dalam kereta.
Phuket dah ...tuk-tuk merah.
Patong City
Ada lagi Makro di sana...on the way ke Phuket.
Dah sampai ...tengah cari hotel. Nampak kedai jual lukisan .Kedai ini di simpang jalan.
Cuci mata la...
Patong Beach....saya tak pergi pun ke situ.Tengok dari dalam kereta saja.
Memang meriah orang beriadah.
Patong Beach lagi...cari hotel tak jumpa sampai dua tiga kali pusing.
Simpang empat yang sibuk di Phuket....hala ke Patong beach.
Lagi...
Pemandangan di Phuket.
Lega seharian di dalam kereta , akhirnya sampai juga di Phuket.Tahniah driver-driver kami semua.
Kerana cik abang lah mak-mak sampai juga ke sini.
tak pernah pergi Krabi mahu pun Phuket :) teringin nak pergi pulau dan pantai yg cantik tu ^^
ReplyDeletenak merasa yang jauh ...tapi pulau di malaysia pun tak kurang hebatnya
DeleteBestnya tak pernah sampai lagi krabi dengan phuket.. tapi bila banyak menyinggah tu emmm mesti lagi best.. nasib baik rombongan lain semua ok je.
ReplyDeletePerjalanan yg soft tak mengejar masa ...sebab ada kanak2 dan org tua
DeleteKak Zai belum sampai sini lagi.
ReplyDeleteKalau jual benda tu kat Bali pun banyak.Panggang macam kambing pun ada hihi....
kita pergi negara majoriti bukan Islam...begitulah hakikatnya
Deletekena pandai2 tutup mata je la
Nieda p bila ni?
ReplyDeleteBulan dis tahun lepas
Deletebestnya kak...saya ngan hubby pernah plan nak naik keta ke krabi..tapi ntah bila la dapat direalisasikan...huhu...
ReplyDeleteไปแล้ว
ReplyDeleteseronoknya neida. ky baru merancang dgn anak nak ikut jln darat kePuket n Krabi.entry ini boleh jdi rujukan ky nanti. terimakasih sharing..
ReplyDeleteKY pengalaman x dapat dibeli dgn wang ringgit ...cuba dan rasai sendiri budaya dan cara hidup di negara asing . semoga rancangan KY menjadi ..in sya allah
ReplyDeleteAssalamualaikum, best bercuti, patong beach meriah ya, saya belum sampai lagi.
ReplyDeleteakak nanti nak refer sini je lah bila dan plan bebetul nak ke Krabi.
ReplyDeleteKakpb suka activity jln2 negeri org ni.....poket kena loaded la man? Jgn sampai pungggung berbisol sudah, kematu ok lagi.....haha
ReplyDeleteBunda pun tak pernah sampai lagi...dengar cerita jerlah..
ReplyDeleteAdoi... Lama tak singgah sini... Kekanda pe kabo?
ReplyDelete