06 November 2016

Bilik Tamu Pusat Islam , USM


Assalamualaikum

Saya nak kongsi tentang penginapan semasa majlis konvo USM saya  baru-baru ini.
Saya dan keluarga menginap di bilik tamu Pusat Islam. Memang rezeki saya lah , sebab Bilik Tamu tak lah banyak biliknya , ada 5,6 bilik saja. Sedangkan yang ingin menyewa ramai.

Saya mengambil 2 bilik bersebelahan  .  Semalam hanya RM 70 untuk satu bilik , memang berbaloilah kan....

Bilik disediakan penghawa dingin , katil bujang tapi 2 piece. Boleh tarik dibahagian bawah dan dinaikkan sama tinggi dengan katil bahgian atas tu.

Bilik air di dalam   dengan pemanas air lengkap.
Kain telekung dan sejadah juga disediakan.



Pintu masuk ke bilik Tetamu  Pusat Islam, USM.
Di dalam ini ada 5 bilik lagi.
Bilik kami nombor 4 dan 5  dekat sangat dengan pintu utama ini.

Jati

Almari , kettle  dan  peti sejuk comel.


Katil 2 in 1

Bilik air .
Bilik air  yang ni kecil sikit berbanding yang satu lagi.

Lokasi berdepan dengan tangga masjid USM memudahkan penyewa bersolat di masjid. Gembira mak dan mak mertua setiap kali masuk waktu  dapat berjemaahlah .
Bonus buat penyewa . Senang sungguh.

Yang lucunya masa azan Subuh berbunyi, cepat-cepat bangun 
nak berjemaah . tak sempat tengok jam dah.

Tapi bila sampai tak ada lagi orang  kecuali 3,4 orang
 yang baru sampai 
(nak konvo)  berehat di lobi masjid.

Nak patah balik malu pulak rasa...masa tu  baru 5.15 pagi. 
Tak masuk lagi waktu , cuma azan pertama nak gerak orang bangun kut . Macam azan di Mekah dan Madinah yang dibuat 2 kali. 
Jadi masa menunggu tu buatlah apa yang patut....


No Tel:

04-653 3910/04-653 3753

16 comments:

  1. Alhamdulillah..best dpt nginap di sini..dkt dgn masjid..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..best dpt nginap di sini..dkt dgn masjid..

    ReplyDelete
  3. Memang berbaloi sewa situ. Lagi pun. Tak jauh dgn tempat nak konvo.. saya pernah juga sewa situ.

    Tahniah ber konvo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah parking..tak keluar dah kereta. parking sesak wei

      Delete
    2. Betul tu. Setiap convo parking memang sesak.

      http:biarlembuyanglembu.blogspot.com

      Delete
  4. Alhamdulilah semua selesai rasa cepat masa berlalu tahu2 je dh konvo

    ReplyDelete
  5. Cempaka biru tak buat entry baru ke.
    Saya dah buat:

    http:biarlembuyanglembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. murah sesgt tuuu... boleh sy panjang2 info ni kpd yg lain nnt

    ReplyDelete
  7. ok murah gak tu..kemudahanpun ok... yang penting dekat ngan tempat yang hendak ditujukan... Alhamdulillah.. selamat berkonvo... tahniah dah melangkah satu episod baru ...

    ReplyDelete
  8. maaf yer... tp saya tak boleh akses gambar bilik tamu yang disediakan... kenapa agaknya yer??

    ReplyDelete