28 December 2016

Dari Arab Saudi terus ke Krabi

Assalamualaikum

Wah....hujung-hujung tahun ni sekali harung dua tempat sekali dalam sebulan. Mentang-mentang lah cuti sekolahkan? Awal tahun dulu duk diam-diam tak ke mana pun. 

Balik Dari Arab Saudi, berehat 2,3 hari kami ke Krabi pula. Kali ni bawa anak yang kena tinggal masa umrah dulu ,....Izzat dan Shauqi.

 Kami pergi jalan darat  melalui pintu masuk Wang Kelian- Satun - Trang -Krabi. Rombongan berkereta ini dengan 3 lagi keluarga .Sorang dah pernah pergi bersama hujung tahun lepas . 2 keluarga lagi merupakan kali pertama masuk Siam ikut jalan darat berkereta .

Big boss dah siap google jalan pintas ke sana.
Kami bergerak awal dari homestay di Perlis .

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Mercu tanda.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Buah berangan sekilo 200 baht . Kalau dalam ringgit Malaysia sama dengan RM 26 sekilo.
senang nak makan sebab dah diketuk kulitnya. Tinggal nak kopek je masuk mulut.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Walaupun jauh di Krabi, nasi kerabu juga pilihan hati.
Ini sarapan pagi di sana.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Restoren Mariam....dia tak faham minta teh ais dibagi teh o ais.
Bila tambah susu ....ceroi dan terlebih manis la pulak.
Tapi di kedai-kedai lain memang sedap rasa tehnya. 
 Harga 
20 bath segelas  wajib.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Island hopping.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Shauqi dengan topi koboinya.

Lepas sarapan tengok-tengok di kedai sebelah...
Di belakang tu , dok tengok benih pokok nak bawa balik Malaysia.


Tahun 2010 dulu tukaran sama ...ringgit diterima oleh pekedai semasa jual beli sekarang tak ada lah...



Bila masuk negara jiran , tak best bila ringgit kita jatuh teruk. Tukaran yang kami buat masa ni RM100 = 780 baht. Sama juga ke Arab Saudi, Riyal lagi tinggi dari RM.

Tapi peniaga di sana suka sangat kalau tahu kita dari Malaysia, sebab org Malaysia kaki shopping.
Betul tak? Fakta atau auta?

Di tarik kita masuk ke kedainya. Murah, murah katanya. 
Dan sebahagian dari mereka tahu berbahasa Melayu.

Setiap kali balik  dari masjid mesti singgah membeli di kedai sebelum balik ke hotel. Kalau tak membeli pun jamu mata . Esok-esok boleh singgah beli pula.
Terapi jiwa sungguh.






14 comments:

  1. Amboiii kak jln sesaja ye... tp tu laa perit rs nyer bla RM jd kecik ni...

    ReplyDelete
  2. Baru dua minggu lepas menjengah Wang Kelian ni... dah takde lagi tempat nyoping kat situ...

    ReplyDelete
  3. ada..tapi setiap hujung minggu je dibuka

    ReplyDelete
  4. wah, lama makcik tak BW, nieda dah jalan rata ni :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum cikgu

    Macam baru ja baca cikgu pi Krabi ke Phuket hari tu.. ni pi lagi.. tak aci sungguh.. makchaq sekali pun x sampai lagi

    Alhamdulillah dapat jadi tetamu Allah..
    Kawan2 dan sedara mara makchaq pun ramai pi baru2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki hujung tahun mvkchaq...
      di mekah madinah ramai jumpa org malaysia...ada de sg petani pakej 21hari umrah....

      Delete
  6. krabi pon wak dh pegi gakk., mana gambar james bond island tuuu., hehe2

    ReplyDelete
  7. wow terus ke Krabi tu kak.. hehe seronok tu.. CT tak sampai lagi sana.. entahla bila nak pi tu hehehe..

    ReplyDelete
  8. belum pernah ke Krabi..best berkereta ikut jln darat, boleh singgah banyak tempat..

    ReplyDelete