11 September 2017

Shauqi naik ETS Dari Arau ke Taiping

Assalamualaikum.

Minggu  menghantar anak  masuk ke semester baru minggu 9 dan 10  September . Mak ayah adik kakak ambil kesempatan makan angin sekali....

Sabtu , 9 September lepas kami ke utara menghantar Alia ,  anak sulung ke UUM semula . Selepas satu semester berada di UMS , Sabah atas tiket pertukaran pelajar. Sekarang balik tempat asal semula sehingga habis pengajian.

Pergi  berkereta  dan  masa balik kami menggunakan perkhidmatan ETS. ... yang terujanya siapa? Teruja dapat naik ETS. 

Harga tiket dewasa RM 34 dan untuk kanak-kanak (bawah 12 tahun )berharga  RM 21. Ain yang tolong  booking online. Kami  ambil tiket balik dari Arau ke Taiping dengan harga di atas.

Perjalanan ke utara bermula  dari Taiping. Dari rumah kami keluar dengan dua buah kereta dari rumah  , satu akan ditinggalkan di Stesyen Keretapi Taiping sebab senang masa  balik akan turun di sini. Tapi malangnya parking penuh...memusing dua tiga kali cari parking tak dapat-dapat. Masa tu dah hampir 10 .30 pagi. Tiket balik dari Arau pada pukul 4 petang nanti. Kalut juga takut tak sempat.

Alia dengan abah naik sebuah kereta.  Kereta ini akan digunakan di UUM. Saya , Ain dan Shauqi naik sekali dengan kereta sebuah lagi. Kereta yang saya pandu cadangnya nak parking di Taiping supaya mudah masa balik nanti . Tapi malangnya, tak ada tempat parking , suami saya cadangkan terus ke Bagan Serai pula. Tinggal kereta di situ ..tapi bila bertanya dengan pihak KTM , ETS tak berhenti pula di Bagan Serai. 

Terus lagi ke Parit Buntar , akhirnya kami tinggalkan kereta di sini sebab ETS akan stop di hentian PB. Rezeki juga , masa sampai di situ memang ngam-ngam ada satu tempat kosong dekat pula dengan bangunan stesyen KTM. Kalu tak ...naya sebab masa kami sampai hujan lebat sungguh.

Kami sampai 3.30 di Stesyen Arau....memang tak sempat ke UUM . Tak dapatlah menolong Alia bawa barang naik ke bilik macam selalu.



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Alia, Abah , Ain dan Shauqi

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Menunggu ETS sampai.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Tak sabarnya saya....manalah tak datang lagi ETS ni.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Tengok kut-kut nampak ETS ...heheheh


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Dah dapat seat 4 A, 4 B. 4C dan 4 D untuk kami.  
Senyum anak mak tu!


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Abah dah lapar , abah ajak ke kantin...yeeahh.

Kantin dalam koc kami (Koc C) , hanya beberapa bangku di belakang kami sahaja.
Surau pun dalam koc yang sama di sediakan bersebelahan dengan kantin. Di belakang sikit dari surau ada tandas pula. Memang strategik la....senang nak cari makan dan sebagainya.

Tapi kami dah solat awal-awal masa di RnR gurun masa datang tadi , tak kalut dah .Siap-siap buat jamak dan qasar .



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Milo panas satu !

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Kantin

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Teh panas dan sandwich layan perut....di luar hujan turun lebat.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Surau...

Elok je pintu terbuka sendiri. Senang nak snap gambar . Mudah kerja mak. Abah dok pot pet...tak habis -habis bergambar mak dia ni.

Pili air ada disediakan di dalam surau. Semua ada sejadah, telekung ...tinggal nak solat atau tak je.
Alhamdullillah , ada juga  dua tiga orang   yang menggunakan kemudahan ini .


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
View dari tingkap. Masa ni amsih di Arau lagi....ETS baru bergerak. 
Bukit bukau ini macam pemandangan jika kita ke Padang Besar....saya tak pasti.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Sawah padi.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Bukit lagi.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Lagi..



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Kilang



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Bandar Alor Star....sayang tak sempat ambil gambar Menara Alor Star ..

Laluan ETS ke KL Central  bermula dari Padang Besar- Arau-Anak Bukit-Alor Star-Gurun-Sungai Petani-bukit Mertajam-  Parit Buntar - Taiping .

Lain kali ada rezeki boleh naik lagi.



Pertama kali Shauqi naik ETS / 2013 .  Perkhidmatan ETS masa ini hanya bermula di Ipoh ke KL Central.







13 comments:

  1. nak cuba juga 1 day..
    mesti anak seronok

    ReplyDelete
  2. sy sempat naik smpi ipoh je. hrp bln dpn dpt naik smpi penang ;-)

    ReplyDelete
  3. Bukan Shauqi je yang tersengeh dan seronok... saya pun sebenarnya teringin jugak nak naik ETS. Saja-saja beli tiket sampai Arau lepas tu patah balik KL semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaa..kan.sebenarnya mak shauqi pun seronok naik ets

      Delete
  4. dah lama tak naik keretap for long distance..bagus banyak kemudahan dlm train..

    ReplyDelete
  5. tak pernah naik ETs, tapi teringin nya

    ReplyDelete
  6. Kalu SS nak naik ETS x tahu lah nak ke mana... Ha Ha Ha... Tunggu ETS smpi JB..

    ReplyDelete
  7. bilalah saya nak merasa naik ets ni kak..huhu...

    ReplyDelete
  8. Kesian allia orang tak tolong angkat barang.
    Teringin jugak saya nak naik ets. Nak cuba sekali lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib badan....selalu adik tolong naikkan barang

      Delete