11 October 2017

DESA DAIRY FARM SABAH

Berkurun nak sambung cerita ke  Sabah.

Assalamualaikum

Dari Jambatan Tamparuli , kami singgah di Ladang lembu. Rata-rata jika ke Sabah mesti kena singgah di sini. Tak singgah , macam tertinggal satu tempat wajib untuk dilawati. Kami pun alang-alang dah lalu singgah la juga nak merasa. Bukan senang nak terbang ke Sabah lain kali ... harus tunggu 5, 6 tahun pula.

Nak masuk kena beli tiket di pintu masuknya. Ramai juga yang berhenti di pagar depan , agaknya  sekadar bergambar di situ sahaja. 

Jauh lagi ke dalam rupanya dari tempat bayaran tiket tu...nak menapak alamatnya berpeluh juga.
Harga tiket berbeza untuk dewasa dan kanak-kanak . Dewasa RM 5 dan kanak-kanak RM 3.




Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Batu tanda ...kita dah sampai di Desa Dairy Farm

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Dikejauhan dah nampak lembu-lembu ternak.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Kabus tebal , dingin sekali dengan angin bertiup manja

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Sekeping  jer  ...

Pada saya Desa Dairy Farm ini sangat menarik......pemandangan yang cantik , suhu yang sejuk  dengan angin sepoi-sepoi ....air yang sejuk macam air ais. Semua terasa menarik di hati.
Kalau tak singgah macam rugi pulak . Bila dah sampai ke Sabah haruslah ke sini. Bayaran tiket pun taklah mahal sangat.


Bila dah sampai  di tengah-tengah kawasan,  kami mencuba aiskrim dari susu lembu.
Ada orang yang suka perisa vanila , ada yang suka perasa coklat.
Saya suka yang coklat...kurang sikit rasa susu lembu tu. Rasa ais krim ni masam-masam sikit.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
RM 5.30 satu cup.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Harga...tengah menanti aiskrim.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Yeah...dah dapat.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Kami makan di luar di bawah payung hijau tu....sambil disapa angin petang, sejuk berangin sambil jamu mata melihat keletah pengunjung yang sedang galak bergambar.....ada orang muda, uda dan dara , suami isteri, atuk dan nenek ....eh macam-macam ada.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Di sini pun boleh duduk-duduk sambil melihat proses susu lembu diambil.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Tapi semua mesin tak bekerja....huhuhu

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Tempat susu dikumpul

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Lawa

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Adik dan kakak.

Dari sini kami akan ke Keningau pula meneruskan perjalanan. Dah malam baru sampai di rumah bapa saudara selepas kami singgah makan di bandar Keningau






No comments:

Post a Comment