Assalamualaikum.
Nak sambung cerita ke Sabah bulan Mei dulu... lama dah terperap akibat tak datang ilham.....huhhuu.
Perjalanan kami dari Desa Dairy Farm ke Keningau ( rumah bapa saudara ) di teruskan lagi.
Driver masih lagi Alia yang memandu hingga sampai ke sana pergi dan balik esoknya . Abah dah boleh berehat di sebelah. Caiyuk Alia!
Perjalanan dihiasi dengan pemandangan cantik kiri dan kanan.
Suhu sejuk berangin. Maklumlah jalanraya di atas tanah tinggi.
Kabus sesaja menutupi bukit bukau.
Kabus.
Orkid .
Mercu tanda dah sampai ke bandar Keningau.
Banyak betul ..yang ni tengkolok.
Dapat ambil separuh dari dalam kereta.
Ada lagi senibina di sini tapi tak sempat ambil gambar.
Macam di Jeddah , banyak arca di bina di bandar mereka.
Sampai di Keningau , Paklong naim dah tunggu di depan hospital Keningau tapi akibat telipon masing-masing dah kehabisan bateri terjadi miss comunication pula. Bila kami nampak hospital terus kami masuk ke dalam cari kut-kut dia menunggu di tempat parking kereta dalam kawasan hospital . Tapi tak jumpa....bila kami keluar dari pagar hospital terus nampak dia menunggu di bas stop depan tu.
Masa ni dalam 6 petang rasanya.
Dia bawa ke restoren untuk makan-makan. Sedap juga mee goreng mamak di kedai tu.
Sayang tak ambil gambar.
Pagi esok kami nak balik semula ke Kota Kinabalu. Paklong Naim bawa ronda melihat kawasan Maktab Perguruan Keningau tempat dia bertugas.
Satu maktab dia tunjuk...tempat bas lama, kuarters pensyarah, asrama pelajar , pejabat dia ...tandas pun masuk ( sakit perut).
Kami dan Paklong dan isteri.
Sebelum berpisah...kami ambil gambar ramai-ramai.
Masa ni dia hampir nak pencen ( sekarang dah bersara) jadi lawatan ni sangat sentimental lah untuk dia. Bukan senang orang semenanjung nak sampai ke tempat dia bertugas kan.
Perjalanan balik kami singgah di Tamu Ranau. Tak beli apa pun
sekadar melihat -lihat.
Paklong Naim dah bagi kayu manis 2 ikat sebagai buah tangan .
Paklong kata kalau tak kerat , tak lepas nak bawa naik kapal terbang.
Punya la panjang ...nak masuk dalam beg pakaian pun tak boleh zip. Maka kena potong pendeklah jawabnya.
Memang tahan stok sampai 2,3 tahun rasanya.
Sebelum dikerat-kerat hampir 2 kaki panjangnya.
Tu..namapak kayu manis di situ.
Kayu manis banyak didapati di Sabah.
Di Semenanjung susah nak jumpa yang panjang-panjang.
Beras , pulut .
Jualan macam pasar minggu di semenanjung juga .
Sayur-sayuran dan keperluan harian yang lain .
Perjalanan diteruskan untuk ke KK.
Bukit bukau lagi.
Semalam dari KK ke Keningau kami melalui Kundasang. Ada jualan di tepi jalan.
Singgah jangan tak singgah.
Tengok apa yang menarik di sini.
Buah-buahan dan sayuran.
Kundasang tempat sejuk sesuai sangat untuk satur dan buah-buahan hidup subur.
Masa ni hujan...tapi tak ku peduli . Hujan pun hujan la...ku redah juga.
Strawberi pun ada .
Buah naga , delima , dan aprikot
Buah-buah yang dikupas siap.
Cantik.
Kenangan .
Angin kuat bertiup....sejuk.
Kami di puncak.
Bertiga.
Alia pun dah balik ke Semenajung menyambung study di sini semula .
Satu semester belajar di Universiti Sabah menambah pengalaman yang ada.
No comments:
Post a Comment