Assalamualaikum.
Ini hotel kedua kami menginap di Indonesia.
Semalam di Bandung , semalam di Jakarta.
Mendarat di Bandung balik melalui Jakarta sebab order tiket balik lambat . Bila nak tempah harga dah mahal . Flight pun tak banyak jika flihgt dari Bandung..
Nasib baik harga tiket balik dari Jakarta murah.
Lagi satu dah tak ada tax lagi masa nak balik dari airport Jakarta....
Kali terakhir tahun 2014 dulu masih kena bayar Rp 150 K seorang.
Kali ini kami tempah Big Hotel sehari sebelum ke Jakarta dari Bandung.
En. Suami susah sungguh nak booking awal-awal sebab terbiasa orang yang uruskan. Feri orang Indon yang selalu bookingkan kalau kami ke sana . Kalau boleh dia nak walk in saja . Kita layankan sajalah.
Kami sampai di Jakarta dah maghrib.
Selepas turun dari Shuttle van , baru order GRAB car.
Tunggu sekejap sampailah kereta menjemput kami ke hotel.
Pintu masuk.
Singki besar.
Cermin muka yang sangat besar dalam bilik air .
Seriau makcik ...rasa macam orang skodeng dari bilik sebelah.
Seriau makcik ...rasa macam orang skodeng dari bilik sebelah.
Gambar dari website Big Hotel.
Nampak tak cermin besar tergantung sebelah pintu bilik air tu?
Nampak tak cermin besar tergantung sebelah pintu bilik air tu?
Hotel ini memang kaya cermin betul. Semua cermin besar-besar saiznya.
Bilik kami yang sebenar.
A good laught and along sleep are the best cures in the doctor's book.
Dewan makan.
Lorong .
Terorder nasi goreng dan jus avacado yang pekat likat malam kami sampai.
Tetiba lapar pula .
Tetiba lapar pula .
Untung Free extrabed .
Harga bilik yang murah kurang dari RM 100.
Bilik bersih dan selesa .
.
Jalan Kartini Raya, 64 No 2, Taman Sari 10750 Jakarta .
Baca juga
No comments:
Post a Comment