Assalamualaikum
Tuan Blog vs Jam Gadang
Mari kita sambung cerita hari kedua di Sumatera Barat. Perjalanan dari Padang ke Bukit Tinggi lebih kurang 2 jam. Dalam perjalanan ke Bukit Tinggi Supir kami dah berhenti di beberapa tempat kain sulam.
Tempat pertama kami singgah , saya tak membeli .Orang kata tak sampai seru ...hanya membeli sepasang telekung yang kawan pesan. Lagi pula tengok harga mahal-mahal belaka. Maklumlah bajet pelancong semua
Kami tiba di Bukit Tinggi pada hampir pukul 3 petang. Kami minta dihantar terus ke hotel yang siap di booking awal-awal.
Rupanya kualiti hotel sangat tidak memuaskan. Hotel dari rumah kedai yang diubah suai.
Bilik di tingkat atas dengan 2 katil queen. Bilik air di dalam bilik. Tapi keadaan seperti bilik tidak dibersihkan penuh dengan habuk di lantai . Langsir pula nipis ...terbayang-bayang bagaimana kami bila malam . Terus see through la jawapnya. Nasib baik bayaran dikembalikan.
Satu hal selesai, Lepas ini kena cari hotel lain pula. Tambahan pula suami saya mula tak sedap
badan . Rasa nak demam semula mungkin terkena hujan di Rumah Gadang tadi.
Sebelum terbang pun dah tak sihat . Cik abang saya ni memang alah dengan hujan. Nak cari hotel lain untuk dia berehat.
Kami dibawa oleh supir ke Hotel Ambun Suri. Di luar hotel ada kios Maybank . Jadi , jangan lupa aktifkan kad anda sebelum bercuti.
Hotel Ambun Suri terletak dekat
dengan lokasi Jam Gadang dan restoren makanan Padang. Bila dah dapat bilik , apa lagi mak dan anak perempuan pun keluar nak cuci mata. Kami di hantar oleh Roni supir kami, tapi balik jalan kaki ke hotel. Tak ada masalah sebab lokasinya dekat . Terus bungkus nasi Padang untuk makan pada malam tu.
Jam Gadang (Minangkabau bagi "jam besar") ialah sebutan bagi menara jam besar yang dibina oleh penjajah Belanda pada 1926 di Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia.
Jam Gadang adalah nama untuk menara jam yang terletak di pusat kota Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia. Menara jam ini memiliki jam dengan ukuran besar di empat sisinya sehingga dinamakan Jam Gadang, sebutan bahasa Minangkabau yang berarti "jam besar".
Selain sebagai pusat penanda kota Bukittinggi, Jam Gadang juga telah dijadikan sebagai objek wisata dengan diperluasnya taman di sekitar menara jam ini. Taman tersebut menjadi ruang interaksi masyarakat baik di hari kerja maupun di hari libur. Acara-acara yang sifatnya umum biasanya diselenggarakan di sekitar taman dekat menara jam ini.
Sumber : Wikipedia
Gunung berapi .
Puncaknya kelihatan gondol bekas letusan gunung berapi.
Pemandangan ini dari dataran Jam Gadang.
Pemandangan dari dataran Jam Gadang sangat asyik .
Terus terpaku ke arah Gunung Merapi di sana.
Asyik sekali pemandangan di sini.
Dataran ini terletak berhampiran Pasar Atas ...Pasar Atas yang asal telah terbakar jadi peniaga ramai yang berniaga dari dalam kereta dan di kaki lima sahaja.
Masih cerah.
Sulam dan Bukit Tinggi berpisah tiada.
Kami di sini sampai ke malam .
Membeli serba sikit sebelum sehari lagi berada di Bukit Tinggi.
Bila malam , Jam Gadang bertukar warna ............cantik.
Sekejap biru, merah , ungu ...lalala.
Jika ke Bukit Tinggi wajib ke sini , melihat Jam Gadang .
Mercu tanda di Tanah Minang.
No comments:
Post a Comment