24 December 2018

Bumbung Masjid Nabawi di buka


Assalamulaikum.

Kenangan ketika musim haji yang lalu.

Kami (saya dan teman sebilik) bersama  berlama-lama di masjid Nabawi  selepas solat Subuh  .

Kami menanti waktu israq dan terus menunggu waktu duha pula. Mengambil kesempatan untuk bersolat sunat. Sambil menunggu ada yang berzikir , mengaji dan ada yang berkenalan dengan jemaah berlainan negara.

Sepagi tu kami bertemu dengan orang Batam. Katanya selalu ke Johor berwisata, membeli belah. Wah , cakapnya sudah seperti orang Malaysia - Johor.

Bukan Batam sahaja di sana kita berjumpa semua bangsa , hitam putih kelabu semua ada. Satu agama menyatukan manusia. Bersatu .
Lumrah.


Tentang bumbung masjid  terbuka, waktunya ketika waktu Dhuha. Sudah hafal.

Kadang tak berbunyi pun....bila dipandang ke atas ia sedang terbuka. Canggihnya teknologi. Serentak pula bumbung-bumbung tu terbuka. Sementara di luar pula payung juga terbuka serentak.



Waktu haji kita lebih panjang di sana berbanding waktu umrah. Jadi kebiasaanya,  dalam waktu solat Dhuha kami menunggu-nunggu ingin melihat langit dari dalam masjid . Indahnya , awan dikala itu.Kadang-kadang nampak burung melintas. Terbang riang mencari makan di waktu pagi.

Indahnya kenangan.
#Maafkan saya sekadar berkongsi memori.





No comments:

Post a Comment