20 January 2019

DIMSUM CHABURA HALAL HADYAI


Assalamualaikum.

Nak review sikit tentang Dimsum Chabura halal Hadyai ni.

Kedai ini pada memang popular terutama  kepada pelancong  Malaysia.
Rata-rata yang masuk masa kami menjamu selera  di situ adalah orang Malaysia. 
Kami  bersarapan dua kali di sini. 

Kali pertama  memang nak try dek penangan media sosial yang meluas. Tambahan pula harga dimsum  hanya 15 dan 20 bath sahaja sepiring comel tu.
Selain dimsum ada juga makan lain yang disediakan seperti nasi goreng nanas 990 bath ( nasi dalam nanas), nasi lemak pun ada .  Di depan kedai ini pula ada kuih cakoi yang dijual , sebungkus 20 baht .
Cakoi comel dicicah dengan sos kaya pandan.
Sedap... kuih cakoi yang ranggup di luar gebu di dalam .
Jangan lupa kalau ke sana cubalah cakoi kat depan kedai Chabura ini. Chabura ini ada dua pintu  sebelah menyebelah . 

Ada juga kedai makan halal di sini. Namun Chabura ini nampak gayanya lagi ramai pelanggan.
Jika ada yang nak cari kedai makan halal  di sini ada banyak pilihan . 
Ada juga makanan Kelantan macam laksam, nasi kerabu pun ada  di kedai depan tu.



Dimsum Chabura Hadyai

Hadapan kedai

Dimsum

Pilihan Alia.
Semua yang 15 baht.



Dimsum yang hari kedua .
Seteko kecil teh hijau diberi percuma ,


Grand Plaza Hotel.



Layan ..


Ini sebabnya dua kali ke Chabura . 
Layan aksesori kereta la, sebabnya kedai aksesori ini dekat dengan Chabura dan dekat juga  dengan  Khlong Hae Floating Market.

Tapi....floating marketnya tutup sebab kami pergi bukan hujung minggu.
Namun kami dah pernah ke sana sebelum ini tak terasa terkilan sangat.
Bagi yang nak ke Floating market pastikan anda  ke Hadyai pada hari Jumaat , Sabtu dan Ahad ya!.



Dimsum (15 baht)
Dimsum yang 20 baht seperti kuih pau , pulut dan saiz besar sikit dari yang 15 bath.

Nasi lemak ayam.


Alamat : Hat Yai District, Wilayah Songkhla 90110, Negara Thai
Waktu perniagaan
Tutup ⋅ Akan dibuka pada 6:00 PG Sel

No comments:

Post a Comment