20 March 2019

Masuk ke Hadyai

Gambar dari group orang muda.Kan depa keluar awal masuk Thai. Depa gerak dari Changloon pagi tu.


Asslamualaikum.

Kami ke Thailand pada bulan Disember 2018 dengan berkereta.
Ikut rancangan , kami akan bergerak dengan 4 buah kereta. 2 kereta orang muda dan 2 kereta orang berusia
 ( Kami la tu).
Cadangnya, tukang tunjuk jalan kat orang muda. Maklumlah kata dah banyak kali masuk Siam dengan berkereta.
Alih-alih orang muda tak sabar , pukul 6 dah beratur nak masuk border cop paspot.
Kami group ornag berusia ni pukul 7 baru siap nak keluar rumah. Depa yang start awal dah sampai Hadyai....cia,cia,cia.
Depa ikut itienery orang yang masuk paling  awal ke sana sungguh ......Last-last jumpa di hotel ,time jalan masing- masing la.

Mula-mula singgah kat Changloon beli insuran kereta dan tukar duit baht.
Kedai banyak , pilih saja yang mana suka.

Ini tengah tulis kertas putih tu.

Bahagian yang kita tempoh sebelum masuk ke sana.
Bahagian Kastam Malaysia tak perly turun dari kereta hanya hulur paspot saja.
Bangunan imigresen kedua- dya sempadan pun dah baru  masa kami pergi ni.

Ini carta pergerakan di imigresen.
Masa di imigresen Thai agak lama berbanding di bahagian Malaysia yang lebih lancar.


Beratur untuk cop paspot di bahagian Thailand.

Siapkan dokumen yang perlu.

Mulakan perjalanan dengan Bismillah.

Antara tempat kami singgah, pantai Songkla.

Kedai aksesori kereta.

Motor seksi Siam.

ASEAN NIGHT MARKET.
Aiskrim kelapa jangab dilupa.
5 baht satu.


Geng orang tua( geng orang muda tu anak  saudara kawan saya yang bertudung hijau ) ...naik tuk-tuk ke pasar pagi.
1 baht  je sorang.

Setiap perjalanan sentiasa berbeza.

Jom kembara lagi.

No comments:

Post a Comment