Assalamualaikum.
Kami menginap di HV HOTEL ini secara kebetulan. Nak tempah hotel lain tapi dah penuh. Jadi kami ke HV yang terdekat .
Kami mendapat potongan harga untuk pejawat awam...ada kelegaan di situ.
Manakala diberi free sarapan untuk dua orang. Untuk kanak- kanak pula rm19.50( harga sama dengan dewasa).
Ada disediakan untuk menghilangkan dahaga.
King bed... muat kami bertiga.
Kunci seret.
Bilik di tingkat 8.
Dari tingkap menghala river front.
Minggu ini kami ke Sarawak untuk pertandingan petanque.
Mengikut suami je pun...dia yang nak bertanding.
Shauqi dan Santubung.
Lokasi pertandingan di kaki gunung Santubung. Selalu dengar cerita dari buku teks, tv dan radio tentang Gunung Santubung. Tapi hari ini terbentang di depan mata.
Cantik dan moden sekolah di belakang Shauqi....SK Santubung.
Suami dan partner.Terbang jauh kerana petanque.
Nun Santubung di kejauhan.
Esok nak cari kek lapis pula.
Kalau ke Sarawak tak beli kek lapis dan terubuk masin tak sah.
19 - 22 April 2019
No comments:
Post a Comment