23 April 2019

Hari terakhir di Sarawak





Assalamualaikum.

Seronoknya menginap di Hotel Harbour View Kuching ni. Segalanya dekat....dekat dengan kedai makan, dekat dengan waterfront , dekat dengan kedai dobi. Suka lah.Kalau ke Kuching lagi pastinya di sinilah kita pilih .
Harga dengan Agoda memang tak masuk akal kalu tengok kemudahan yang ada.
Tapi tanpa sarapan .

Malam pertama menginap , lepas dapat potongan untuk pejawat awam Rm 157 dari 178  bersama dengan breakfast. Malam pertama kami terjah ja sebab sebenarnya  nak ke hotel lain tapi dah penuh.

Hari ni  dah nak terbang balik ke Penang.
Pagi-pagi lagi  kami dah keluar.
Misi mencari ikan terubuk untuk buah tangan.

Kami guna my car untuk ke Kubah Ria.
My car lebih murah dari Grab.
Kami berempat dengan pattner  patanque suami ...cikgu Lan.

Masa pergi rm5 tapi masa balik rm6.
Kalau Grab Rm 8 sehala.

Kami bersarapan di sini.
Nasi lemak  , bihun goreng dan mi kolok goreng.
Air milo , teh panas , teh lemon panas dan kopi panas.

Kami beli di sini terubuk segar.
Seekor rm25...ada telur sekali.

Untuk barang basah  beli di bahagian B .
Ada bahagian   A B dan C.
Semua keperluan berbeza mengikut abjad.
Bahagian C ada jual sayur ,  ulam  dan buah buahan.


Gerai buah - buahan
di bahagian C.

Di sini..Kubah Ria.

Banyak gerai..pilih yang mana suka.

Asma Kek House di Waterfront.
Kek bersaiz besar dari satu lagi jenama kek lapis.

Pilihan kek lapis di sini.

Boleh rasa dulu.
Tàpi last2 tak tahu mana satu yang sedap.
Akhirnya pilih yang warna menarik.


Kerawang.

Patung kucing.

Barisan cenderahati

Alat muzik comel.
Angklung..semua dari kayu.
Menarik.

Pening nak buat pilihan.

Key chain ....Reflisia.

Angklung

Sinonim dengan Sarawak.

Pasu .


Mee Jawa.


Katanya , kedai ni tumpuan pelancong dan warga tempatan.


Kami berlepas dari Kuching  ke Penang lepas delay pada pukul 6.20 petang.

Dari udara  nampak matahari terbenam tapi sayang telepon dah kehabisan bateri.

Hanya terakam di memori sahaja.

Tamatlah percutian 2 in 1 ke Sarawak tahun ini.

Semoga ada lagi rezeki terbang di awan biru selepas ini lagi.





No comments:

Post a Comment