04 September 2019

HALONG BAY , HANOI.

Assalamualaikum.

Impian menjadi nyata @ Halong Bay.


Kami pergi melalui highway.
Nak cepat katanya.
Bajet pun naik dari 42usd ke 46usd.
Untuk kami sekeluarga 6 orang x 46usd rabak juga poket mak.

Dah kata mai hanoi, kena la pergi ke Halong Bay. Kalau tak,  tak  sah.
Dengan privete bot dan seorang pemandung pelancong kami pun dibawa ke Halong Bay selepas pindah hotel kedua .

Dalam perjalanan kami singgah di tempat ternak mutiara.
Trngok je la. Tak beli pun.
Mutiara Sabah pun ada.

Penerangan dari staff.
Good English.

Mencari mutiara di dalam tiram.

Mutira yang elok dipilih .

Hasil dari mutiara .

Sebelum tu kami disinggah makan di restoren Rembau Halal Food.
Ini pun salah satu sebab harga pakej ke Halong Bay semakin tinggi.
Kami ambil dari amoi Vietnam yang arrangekan lawatan orang Malaysia yang kami jumpa di hotel masa makan pagi.


Sedap...ada kerabu mangga, tomyam ..eh macam makan di Siam pulak.



Umpphhh..menu kami

Ada di sediakan surau .Lepas makan kami solat dulu sebelum ke pelabuhan.
Resto ini dan dekat ke sempadan Negara China kata pemandu pelancong  si Andy kata.Muka Melayu Andy ni..

Dah nampak kapal menunggu .

Ada gerai jualan sepanjang jalan menuju ke kapal. Kami tak beli pun di sini.

Tunjuk tiket.
Tiket dah dibeli oleh si Andy.


Kapal kami...kami-kami saja tak ada orang lain.



Tiada lain , hanya kami.
Tapi tiada makanan di hidangkan macam selalu. Kami ambil pakej makan di luar.

Kami sekeluarga.




Siap boleh lena.

Cantik.


Dari kapal tadi , kami dibawa bersampan pula.
Si baju merah (depan) ialah Andy -pemandu pelancong.



Hujan.
Kena beli baju hujan dalam kapal . Ada orang jual, jualan cenderahati pun ada .
Baju hujan Rm 4 satu.

Setiap sampan 4 orang. Ada orang tolong kayuh.
Mereka minta tips selepas habis mengayuh.
Agak berhemah , kawan2 semasa pendayung yang tunjuk duit yang dia dapat . 
Maka tahu la kita, rupanya kami pun ada tips selepas ini.


Melalui pintu gua.

Berselisih sampan dengan anak-anak.

Kata si pedayung , di sini adalah surga.
Tenang dan damai .



Kapal berlabuh.


Mak dan anak.



Ada berbagai bentuk stalatait dan stalamait yang ditunjukkan oleh Andy.





Kami juga dibawa melawat ke gua-gua ,






Deretan rumah orang kaya.

Pelabuhan.


Hari ketiga di Hanoi.
Kami sampai ke hotel semula dah malam.
Hampir 8.30 dah.
Masuk bilik terus makan nasi dan lauk Brahims .

No comments:

Post a Comment