Assalamualaikum dan selamat pagi semuaaa,
Ini semua gambar bercuti semalam di Cameron Highland beberapa minggu yang lalu. Kita abadikan di sini sebagai kenangan.
Ini 3 beradik dari 5 orang.
Sekejap masa berjalan.
Tak sedar anak-anak kian membesar .
Mak ayah bertambah usia .
Kudrat pun semakin berkurang
Pertama kali Si kecik Shauqi naik ke CH masa umurnya 2 tahun .
Berselimut masa bawa dia ronda ronda ladang teh.
Masa tu sejuk lagi tanah tinggi ini berbanding sekarang.
Sekarang Shauqi dah terlebih tinggi adri kakak sulung.
Hahah... cam na tu.
Sikit lagi , mak pun rendah dari dia .
Lokasi: Teh Barrat
Layannn gambar je lah.
Masa balik singgah hantar Ain ke UTP.
Kami singgah jumpa Maksu Jida adik bungsu suami yang baru berpindah ke Seri Iskandar dari Seremban.
Singgah makan di kedai-kedai yang di depan Tesco Seri Iskandar.
Lepas makan , hantar Ain balik asrama kami pun pecut balik ke Selama.
Semoga tahun2 depan ada lagi trip cuti santai ke CH.
Daaaaaaaaaaaaa
bestnya. dah lama tak travel2 even malaysia. anak2 mmg mengalahkan ketinggian mak pak.
ReplyDelete