23 May 2021

Sup Daging Ala Thai


 Assalamualaikum.

Semalam permintaan suami nak makan sup ala Thai .... yang ada daging sahaja di rumah , maka kita buatkan sup daging ala Thai yang disukai.

Sup ala Thai mesti ada rasa masam  dan  pedas . 


Saya simpan disini untuk rujukan lain kali.


Ikut resepi seperti di bawah .


SUP DAGING / TULANG  ALA THAI

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg tulang / daging (rebus dulu dengan halia sampai empuk)

BAHAN TUMIS:

  • Serai 2 – 3batang (ketuk)
  • Lengkuas 1 inci (ketuk)
  • Bawang putih 3 ulas (ketuk)
  • Bawang holland 1 biji (hiris)
  • Bawang besar 1 biji ( hiris)
  • Halia 1 inci (ketuk)
  • Akar ketumbar (ketuk)
  • Daun limau purut ( 3 or 4 helai)

BAHAN HIRIS:

  • Batang saderi
  • Tomato
  • Cili hijau
  • Cili merah
  • Hirisan bawang holland
  • Daun ketumbar
  • Daun sup
Caranya : 
1. Rebus daging terlebih dahulu  dengan  halia . 
2. Bila dah empuk masukkan  bahan hiris.
3. Kemudian , tumis bahan-bahan tumis dan masukkan ke dalam periuk yang berisi daging.
4. Perah limau nipis untuk perasakan sup daging tersebut.


Sedap , betul tak tipu.
Cuba lah.



2 comments:

  1. sedap sup Thai, sbb ada rasa masam2..

    ReplyDelete
  2. Masakan Thai memang sedap. Cukup kombinasi pelbagai rasa dalam satu menu.

    ReplyDelete