10 July 2023

Ipoh

 Assaalamualaikum. 


8/7/2023

Minggu ini ke Ipoh 2 hari 1 malam.

Memandangkan suami sihat dan lama tak jalanjalan kami pergi tempat yang tak jauh dari rumah.



Checkin di Cuasarina  Meru.

Kami sampai tengah hari di  Meru terus singgah lunch di Restoren Pokok Belacan . Pilihan lauk yang banyak sampai tak tahu nak pilih.

Restoren Pokok Belacan , Meru .

.

Lepas makan kami terus masuk hotel. Berehat sekejap sebelum keluar ke rumah adik ipar di Tambun.

Kami dijamu dengan mi rebus , lepat liat resepi aruah mak mertua dan kek lapis serta kopi  Tenom.


Masa nak balik ke hotel singgah di MYdin Meru beli makanan untuk malam. Kami cuba Pasta Panas by Alif Satar. Sedap juga sebab ada rasa pedas2  dan creamy citarasa Malaysia.


                                                                Pilihan saya ialah Pasta Cabonara.

Then  terus masuk bilik .

Tidur .


9/7/2023

Sarapan pagi kami keluar makan di luar . Ain bawa kami ke Gerai Hj Yahya . Banyak pilihan dan orang ramai sedang makan . Nasin baik ada meja kosong untuk kami di bahagian luar  kedai . Keluar masuk pelanggan  . Ada yang makan di situ ada yang bungkus bawa balik.

Pilihan pelbagai , rambang mata.


Pagi tu saya makan nasi lemak dan mi kari . Sengkak perut ,  teringin punya pasal .

Ain makan nasi lemak dan karipap . Suami saya  makan nasi dagang ikan aye . 

Lepas makan kami balik hotel berehat sebelum check out untuk pulang ke rumah.


Gambar semua pinjam google .



7 comments:

  1. amboiiii nasi lemak dgn mi kari tu! ni mesti betul2 sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tamak punya pasal..hahaha

      Delete
    2. kalau sedap x pe... sekali sekala😊

      Delete
  2. Ipoh mmg banyak tempat makan sedap kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul , short trip utk hilang kan stress

      Delete
  3. Ipoh pun best nak buat short escape holiday huhuu..
    Makan kat sana pun best dan bayak jugak side seeing utk dituju :D

    ReplyDelete