Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Kami ke Kedah lagi makan angin santai santai sempena cuti Deepavali 11-12/ 11/2023. Paling best tol free berjalan musim raya.
Kami bermalam di hotel Raia lagi kali ini . Kali ni dapat bantal yang empuk dan sedap . Boleh request jika bantal buat tidur kita terganggu . Terbaiklah Raia Alor Star.
Bilik kami mengadap jalan utama .
Kelihatan awan karpet di sana.
Pagi
Bapa dan anak.
Kami tak ambil breakfast di hotel , kami bercadang makan pagi di luar.
Selalu jika ke Kedah kami singgah di Kopitiam.
Namun kali ini kami nak ke tempat baru pula .
kami nak ke Medan Selera Santapan Padang Balak di Sungai Korok.
Senang saja tak sesak ikut waze.
Kami sampai tu orang dah ramai tapi masih ada meja kosong lagi.
Kami pilih meja berhampiran tepi sawah padi.
sebenarnya ada dua tingkat tapi kami makan di bawah sajalah.
Banyak pilihan makanan dari kiosk yang berlainan mengikut menu.
Ada nasi dagang , pasembur , cucur udang , roti canai , hot plate , mi goreng , asam pedas ....macam-macamlah sampai tak tahu nak makan apa.
Jangan lupa nombor meja bila pergi mengorder ya! Sebab makanan akan dihantar ke meja anda.
Kiosk asam pedas
Nak makan nasi dagang , nasi lemak , kerepok lekor ada kat sini.
Cucur udang / pasembur di sini.
Kami makan mi goreng mamak, pasembur (sedap) , Kuetiau' teng, nasi dagang , kerepok lekor,
dan nasi goreng udang (biasa saja).
Tepi bendang .
Barang lama menjadi hiasan di sini.
Pintu utama
Dua tingkat ...luas .
Dari sini kami ke Tanjung Dawai sebelum bertolak balik ke rumah.
Pagi yang cerah
Macam melihat Danau Toba.
Tapi ini laut bukan tasik.
Singgah beli rojak buah ala-ala Thai RM10 buah campur.
Ramai
Masjid Al Busyra di Merbuk.
Ramai yang singgah .
Cantik2 foto. Sedapnya tengok makanan.
ReplyDeletetak beli ikan pekasam.ke kt tanjung dawai tu? hehehe... rindunyaaa nak pegi tanjung dawai
ReplyDeletecantiknya awan. suka tgk. i pun suka sgt ke Kedah. dah lama sangat tak sampai sana. insyallah nnt. kedah takat ke Langkawi je lah.
ReplyDeleteThanks for sharing your knowledge generously and making a positive impact.
ReplyDeleteBestnya di Kedah, banyak makanan yang sedap-sedap.
ReplyDelete