28 January 2024

Sehari ke Perlis

Hujung minggu lalu kami  ke Perlis mengikuti  rombongan sekolah. Kali ini semua guru dan staff . 
Rombongan murid  pergi awal bulan 10 yg lepas.
 Lawatan sehari , jadi kami pilih negeri yang dekat2 sahaja.


Kami teruja nak ke Pasar Sehari Wan Kelian rupanya Wan Kelian tak ada apa dah kosong cuma ada bangunan baru  tapi masih belum beroperasi sepenuhnya.

Program bermula pukul 5 pagi dari sekolah , bas sudah mula bergerak ke utara.  Kami singgah bersolat subuh di Masjid Seberang Jaya . Jemaah  ramai macam solat Jumaat. Mungkin ada yang berombongan seperti kami juga. Kami sampai awal , jadi bolehlah berjemaah bersama-sama.

Dari situ kami singgah sarapan di RnR Gurun  sebelum terus ke Komplek Niaga Padang Besar lokasi lawatan yang pertama .

Kami sampai awal , dalam pukul 10 lebih orang tak berapa ramai lagi.
Kami mencari makan dulu sebelum masuk ke  WareMart  menjamu mata .


Menu kami , nasi putih  tomyam seafood
Kerabu suun.

Pulut mangga rm 8 . 


   Muhayat order nasi ayam.

Pulut durian RM 15. 
Ini rombongan cari makan😂.

Lepas makan baru kami bergerak ke dalam pasar waremart.
Ada yang nak beli beras pulut, kacang, pes tomyam dan macam macam  .
Tapi kami tak la shopping sakan , beli benda makan serba sikit .

Dah habis membeli , jom cari pintu keluar.


Dari tempat membeli belah kani ke view point Wang Kelian.


Apa lagi berfoto lah.



Ada juga gerai jualan di atas. 
Kami yang baru lepas makan tak membeli pun . 

Kami naik atas dengan buggy .
Seronok rombongan mak Kiah naik buggy .
Kalau nak jalan kaki pun tak jauh pun.
Mula-mula bayar rm2 untuk naik buggy ni kemudian tambah rm3 pula pada adik driver tu untuk hantar sampai ke atas.

   
Cantiknya pemandangan dari atas.

Sebelum naik , ambil gambar sedas dua .
Lawa gambar ini.

Dah sampai atas.
Matahari panas litlit.



Lawanya pemandangan dari sini.

Port bergambar banyak di atas.

Dari view point Wang Kelian kami lajak sampai sempadan Thai pintu masuk ke Satun.

Nak bagi puas hati nak tengok tempt orang berniaga yang viral dulu-dulu.Macam pasar sehari jualan barang  hujung minggu.
    
 Sekarang tak ada dah sungi sepi . Ada bangunan baru yang masih  belum beroperasi sepenuhnya.

Dari Wang Kelian kami ke Timah Tasoh. Di sini ada chalet yang boleh di sewa. Tempt cantik tapi perlu dibangunkan lagi supaya menjadi tarikan pelancongan.  Boleh juga naik bot dengan bayaran rm50 untuk pusing tasik .








Sekeluarga  sedang berkelah  di bawah pokok.



Naik bot pusing tasik.

Chalet untuk disewa


Bergambar lagi.

Lagi

Minta tolong orang ambilkan foto kami.

Ambil la sekeping buat kenangan@timahtasoh

  
               Dari Timah Tasoh kami ke Kampung Tengah nak naik jambatan warna warni. 
Sepanjang jalan , rumah pun diwarna warni dengan warna yang ceria. Ada jualan juga kecil kecilan  sebagai sumber pendapatan penduduk.

View dari atas jambatan.



Nak naik jambatan akan jumpa gerbang ni.

Tanda dah dekat nak sampai ke jambatan warna warni. 
Boleh juga sewa motor , buggy kalau penat nak jalan.

Ada tanda arah .



Colourfull.

Kampung Tengah@ Kampung warna warni.





Cat yang ceria nampak cantik gambar .




Dari sini ,kami singgah solat Asar di Masjid Sirajudin sebelum makan malam .

Kami makan di sebelah restoren Mona ikan bakar.
Kami order 2 set shellout  tapi hidang dalam pinggan.
Kami tambah ikan bakar siakap. Total hangus rm118 tak termasuk minuman.
Tiada gambar makanan sebab semua dah lapar. 


Lepas makan kami singgah solat magrib di masjid  berkubah cantik . Seterusnya ,  menghantar pemandu pelancong di stesen Shell Juru.

Sampai rumah pukul 11.15  malam. Percutian singkat dapt cover 4,5 tempat. Jadilah boleh healing2 sekejap.











   







1 comment:

  1. wahhh best nyaaaa
    pulut durian dan pulut mangga tu
    waduhhh
    kalau sy mmg x tolak da
    perlis byk tmpt2 best
    wpn org ckp.ada pe duduk 8 org je
    🤣🤣🤣

    ReplyDelete