Asslamaualaikum.
Cuti sekolah seminggu kami ke Taman Negara joint trip kekawan. Kami bertolak Ahad 15/9 untuk joint aktiviti Taman Negara esoknya.
Pakej sehari pada 16/9/2024Katanya Ahad , Taman Negara menerima seribu orang pengunjung maklumlah bersambung dengan cuti Hari Malaysia dan Maulidur Rasul.
Asalnya kami berlapan tapi last minit tiga tarik diri . Jadi kami berempat sahaja pergi dengan satu kereta .
Perjalanan bermula Ahad dari rumah menuju ke Pahang.
Perjalanan smooth , berhenti ikut suka di tempat menarik untuk dilawati.
Kami ikut highway baru WCE Changkat Jering keluar di Sekinchan .
Singgah di Laman Tebu Aidil di Sungai Besar untuk bergambar dan makan laksa.
Sakan bergambar .
Menyemberang Sungai Tembeling dari kuala tahan dengan bot .
Jeti , menunggu bot .
Begdi naik ikut sini.
Memulakan canopy walk di sini.
Bergantung bilangan pelawat , jika ramai orang berjam-jam menunggu giliran.
Kami menunggu hampir 2 jam juga.
Memulakan ekspedisi .
Pokok menjulang tinggi.
Guide kami adik Hafiz.
Pokok-pokok tua ratusan usia .
Arah
Boleh booking Chalet Mutiara.
Nampak tak ular berlinggar kat situ.
Tumpang sekejap.
Sungai Tembeling .
Lauan disediakan untuk jungle trekking.
Melihat laluan gajah dan bekas cakaran beruang memanjat pokok.
Pokok tua menkadi khazanah Malaysia.
Akar pun besar .
Hati- hati takut tersadung kaki.
Canopy walk dalam dengan ketinggian. 45 meter di udara.
Canopy baru sedang dalam pembinaan tentunya lebih panjang .
Bunga apakah itu?
Lupa pula tapi khasiat airnya boleh buat ubat gatal-gatal kulit.
Makan tengah hari dengan patin masak tempoyak di atas restoren terapung.
Kami mengambil pakej RM170 day trip dengan seorang guide yang menjaga sepanjang kami berada di Taman Negara. Pakej ini termasuk melintasi Canopy walk 45 meter ketinggian .
Mendaki bukit Terisek , lawatan kampung orang asli dan rapid shooting Sungai Tembeling serta termasuk makan tengah hari.
Jungle trekking di hutan tertua dunia.
Healing melihatan kehijauan alam.
Orang Pahang pun tak pernah masuk Taman Negara lagi ni 😬
ReplyDeleteSyok nya. Bila la nak repeat trip Taman Negara ni.
ReplyDeleteterpaling best rapid shooting .
ReplyDelete