15 February 2025

Umrah 2025 Emiretes

 Asslaamualaikum .

Simpan  di sini  sebagai kenangan.

Kami bertolak 19/1/2025 dari rumah ke KLIA dengan bas yang kami naiki bersama jemaah yang lain.

Musafir 12 hari ke Arab Saudi.



Makanan dalam penerbangan Dubai ke Jedah.
Nasi .
Roti puri
Badam.
Salad dan biskut.
Jus oren , jus epal dalam gelas dan mineral water.

Transit.

Dubai airport yang luas dan besar.
Jenuh menapak.

Roti dan oren jus.

Snek .

Makanan yang disediakan.
Sedap nasi beriani ayam ni.
Izzat punya.
Air epa dan mineral.
Pencuci mulut.
Roti dan salad.
Coklat.

Bolehlah kalu nak tengok movie  atau  radio .
Tapi kami banyak lena je lah.
Penat perjalanan yang panjang dari rumah sudah sehari mengambil masa.

Dengan anak2.

Kami di bawa dengan bas untuk ke bahagian sebelah lagi untuk boading.

Emiretes

Umrah kali ni dari KL  transit ke Dubai baru ke Jeddah  dan kami  berlepas dengan penerbangan Emeretes . Transit sekejap sangat masa pergi dalam sejam lebih kurang . Terkejar2 kami memandangkan luasnya airport Dubai.

Sampai di Jeddah kami dibawa dengan bas ke Madinah terlebih dahulu. Dalam bas , penjual simkad telah berurus niaga dengan para  jemaah. Harga yang dikenakan ialah 70 riyal.
Mudah sekali, bila simkad dimasukkan ke dalam telefon terus diaktifkan.

Memandangkan harga yang agak tinggi , saya bercadang membeli semasa tiba di  Madinah sekitar hotel penginapan. Betul juga , simkad yang dijual sekitar hotel hanya 55 riyal  cukup digunakan dalam 12 hari kami di Arab  Saudi.

Kami tiba di Jeddah dah magrib . Kami terus dibawa ke hotel Al haram pintu 338 atau 339. Dua pintu yang boleh keluar masuk ke masjid Nabi.

Syukur dapat hotel yang dekat.

Laluan yang popular di Tiktok mempromosi kedai arab di sana.

Kami tiba pada musim sejuk.

Angin nyaman bertiup sejuk ketika turun di kala waktu subuh .

Atau jika zuhur dan asar juga dalam cahaya matahari tapi angin sejuk bertiup .

Ramai jemaah yang memakai pakaian panas untuk lebih selesa.

 

Masjid Nabi.

AlHaram

4 katil.

4 katil.
Agak sempit tapi tilam selesa.
Pekerja datang membersih ketika kami dalam bilik selalu sebelah malam selepas isyak.


🇸🇦Rindu Madinah.
Semoga dijemput lagi ke sana.

4 comments:

  1. Alhamdulillah seronoknya dah berpeluang ke sana. Semoga Cie pun diberi peluang 1 hari nanti.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat ke Tanah Suci. Seronok dan rindunya Mekah Madinah

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah ... seronok baca ,,, semoga ada rezeki pergi sana ...aminnnn;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullillah. Terima kasih Nayfatimah🥰

      Delete