Assalamualaikum.
Salam Ramadan ke lapan.
Sekejap rasa dah masuk lapan hari.
Masa sekarang tak terasa sehari , seminggu , sebulan tup, tup habis setahun. Dunia akhir zaman , Nabi dah sebut.Kitabyang lalai …. huhuhu.
Solat magrib isyak di dataran dengan Ain.
Suasana sejuk berangin selesa walau berada di luar.
Kena sedia sejadah kalau kena solat di luar masjid.
Gisssah …. bau sampai esok pun masih ada.
Lepas Gissah pergi cari apa tah makanan viral.
Jujubarns.
Ni ikut anakpunya pasal.
Juju barns punya penangan beratur panjang.
Nasib kami awal sikit.
Lepas isyak menderu orang masuk Menara jam ni.
Tu…..punyai la ramai umat.
Ini adalah batu tanda tempat Nabi Ibrahim menybelih anaknya Nabi Ismail.
Nun di atas puncak bukit.
Kelihatan dari jalan raya semasa ke Taif dari Mekah.
Tentatif kami di bawa ke Taif .
Makan nasi arab, pergi ke kilang minyak wangi ros.
Singgah di masjid Abd Waqas.
Tazkirah oleh mutawif kami, Ustaz Ramly sebelum masuk masjid untuk solat sunat Dhuha.
Menuju ke tempat makan nasi arab.
Nasi arab ayam sorang sepinggan.
Kat sini ada kunafa juga.
Boleh beli untuk rasa taua bawa balik.
7 riyal satu.
Dua tahun lepas katanya 6 riyal😅
Menuju ke kebun ros.
Rosnya tak ada , bukan musim pula.
Promosi untuk beli minyak wangi ros .
5 item -50 riyal satu set.
Termasuk krim tangan .
Disediakan tempat mengooi juga.
OOTD cantik juga di sini.
50 riyal semua ni.
Berhemti isi minyak bas.
Hotel
Perkuburan
Hampir nak sampai hotel semula dari Taif.
Orang ramai di pasar lambak tepi jalan.
Ramai
Hari kedua ke Gissah.
Tak boleh jadi, kena beli sebelum balik ain kata.
Tiba-tiba yang dia nak tukar nama sbb habis. Botol last.
Kecewa….tapi staf tu tunjukk ada satu lagi kiosk Gissah di hujung sana.
Orang tak ramai. Stok pun ada lagi yang dia nak.
Memang wangi betul Gissah ni.
Padan dengan harga dia
Balik Safwah baru cari makan malam. Nasib Arab kenyang perut sikit.
Kepala dah botak lepas umrah kedua.
Subuh di roof toop .
Bersama jemaah dari Indonesia.
Usia 65 tahun tapi nampak muda.
Pengurut yang dia bawa.
Sambil sembang2 dia bagi petua yang di amalkan.
Minum pagi dan malam .
Rebus halia, bawang putih , serai , lengkuas, kunyit , dan dicampur madu .
Dulu dia kata dia strok.
Dia amalkan minuman ini dan urut dia pulih kembali.
Alhamdullillah rezeki Allah bagi.
Roof toop masjidil haram. Solat subuh di sini.
Jejaring
Lampu
Kami juga di bawa ke Mina dan Arafah.
Melihat tempt jemaah haji berkampung di haji.
Ini adalah hari- hari terakhir di Mekah sebelum terbang pulang dan transit di Dubai.
No comments:
Post a Comment