11 August 2025

Kenapa Aku ke Jepun?



Assalamualaikum dan selamat pagi semua. 
Semoga semua sihat-sihat belaka.


Kenapa aku memilih Tokyo daripada daerah-daerah lain di Jepun untuk kali pertama ke Jepun?
Sudah tentulah ingin melihat Fujiyama yang tersergam di sana.
Teringin sekali melihat dengan mata sendiri betapa cantik dan indahnya dia di dalam gambar , tv  dan media sosial yang orang kongsikan.


Malangnya seharian di Kawaguchiko tak nampak bayang pun . 
Cuaca hari tu berkabus dan sedikit hujan . Maka Fuji terlindung di balik awan.
Pasrah.... 

                                          
   
               Namun dalam masa menunggu bas untuk pulang ke Tokyo , tiba-tiba terpandang ramai orang berkerumun seperti melihat sesuatu.

Masa tu , kami di depan Lawson sedang makan ringan-ringan lapik perut.
Lahhh ....laju aku menuju ke tempat orang ramai tu. Masa tu dah senja ... berbalam-balam ternampak puncak Fuji di belakang bangunan tu. 

Alhamdullillah dapat juga tengok walau pun sekejap sebab cuaca semakin gelap .

                                      
                                                          Semua orang gembira . Ramai yang bercakap-cakap sepanjang hari menunggu di Danau Kawaguchiko tapi  puncak Fuji terlindung dek awan.

Ada juga sekumpulan pelancong dari Malaysia . Kami bertukar-tukar kamera tolong mengambil gambar masing-masing.



Ini pula foto dari atas kapal terbang seat sebelah kiri   semasa balik ke Malaysia.
Alalh bagi lihat sekali lagi dari udara.


Alhamdullillah.
Tapi salji nampak tak banyak sangat.

Nampak kawah dari atas.



 


Melintas jalan besar ke stasen bas.
Kami keluar pagi untuk ke sana.

Subuh pukul 2 pagi. 
waktu Syuruk pula  4  pagi .
Betullah pepatah berkata " Jepun Negara Matahari Terbit."
Matahari keluar awal betul di sana.

Tidur balik , sementara nak tunggu pukul 8-9 pagi  bagi mulakan aktiviti.

Menaiki bas ke Kawaguckiwa

Perjalanan dengan bas untuk melihat Gunung Fuji. 
Nampak sipi-sipi dari cermin tingkap bas.
Nampak tak. 
Cuba cari .

Lukisan menghiasi pintu  train.

Bersama orang Malaysia yang pernah bekerja di Jepun sebagai tukang buat bangunan di awal 90an.
Datang  dengan keluarga bercuti selama dua minggu di Tokyo.




Lawanya dia🥰

Danau Kawaguchiko

Masjid Fuji.
Boleh solat di sini.
Rata2 orang Malaysia singgah sini bersolat.

Kedai cenderahati.

Jamu mata




Peach Jepun.
Manis bersari.

Peta


Harihari naik train.
Cepat dan tepat .

Laju semua orang.

Berselirat

Tinggi




Nun Gunung Fuji di sebalik awan.
Pandangan  dari cermin bas.


Semoga ada rezeki lagi ke sana.
Aamiin.


2 comments:

  1. Pergi depan depan tak nampak.. dalam kapal terbang nampak pulak dgn jelas.. ketentutan Allah kan.. dlu ke jepun tak sempat nak jejak kan kaki melihat gunung fuji ini.. cantik sungguh pemandangan..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapat tengok Mt Fuji dari dalam pesawat. Seronok kan pergi Jepun.

    ReplyDelete