Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdullillah , gambar berjaya disertakan sekali pada tulisan kali ini.
Biasanya sejak kebelakangan ini saya menulis blog melalui telefon sahaja .
Lebih mudah dan boleh lakukan di mana sahaja.
Bila timbul masalah nak letak gambar , terpaksa menukar kepada laptop semula.
Terima kasih kepada Sweetie yang memberi pandangan dan selalunya beliau selalu prihatin dengan masakah saya mengenai blog.
Seperti yang pernah berlaku beberapa tahun lepas pada blog saya.
Thanks Sweetie.
Daftar masuk ke Lounge sementara menunggu flight.
Kami bercadang nak melepak di lounge sambil relax makan-makan , solat dan enjoy the time sementara nak fly balik ke Malaysia.
Sesiapa yang singgah di airport Jakarta jangan lepaskan peluang singgah di sini.
Untuk masuk , harga sangat murah dan mampu Bayaran bawah rm 40 sahaja.
Jadi jangan tolak tuah.....hehehe.
Lokasi lounge selepas kita boarding, kelihatan seorang staff menunggu pengunjung untuk masuk ke lounge. Siap bawa meninjau ke dalam lounge dahulu sebelum bersetuju membayarnya.
Ain mendaftar nak masuk.
Ambil sikit untuk makan banyak yang lain : )
Deretan makanan yang disediakan.
Cookies
Dari cermin tingkap , saya melihat pesawat lain menunggu giliran untuk terbang .
Ada lebih 3 syarikat pesawat berlainan yang menunggu giliran terbang.
Lounge Saphire ini menyediakan bilik solat dan bilik wuduk( kecil sahaja), tandas OKU, bilik air dan tandas, pilihan makanan dan minuman yang sedap dan banyak pilihan .
Singgahlah nanti walau kita bukan dari Bussines Class.
No comments:
Post a Comment