09 December 2010

Apam Pisang Coklat.



Salam. Hari ni nak berkongsi menu sarapan pagi.Dapat dr blog Yati. Sekali buat dah jadi. Budak2 memang suka sebab rasa coklat. Lembut dan gebu.Terima kasih pd Yatie yg sudi berkongsi resipi.

Bahan.
4 biji pisang emas (yg besar) kalau kecik agak2 jadikan 1 cwn.
2 cawan tepung gandum
 200 ml minyak masak
4 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu kecil soda
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar coklat
garam

Caranya.
1. Lenyek pisang sampai hancur.
2. Masukkan gula, minyak gaul sebati.
3. Masukkan tepung, soda dan baking powder (ayak dgn tepung)
4. Masuk coklat.
5. Pukul telur dan tambah ke dlm adunan.
6. Tambah sedikit garam.
7. Kukus dlm 25 minit.

@ Boleh guna acuan kecil, acuan muffin atau acuan yg besar.

Cubalah.

Sampai jumpa lagi.
Post a Comment