06 December 2010

Hari ke 2 di Indonesia.

Salam Maal Hijrah.

Kenapalah hari ini dari petang tadi dok cuba siapkan entry ini tak jadi2. Dah masuk 4  kali. Dah rasa frust  pun ada. Dah separuh siap, internet stop pulak.

Ini nak sambung juga bagi siap satu story.

Hari ke2 kami akan ke Puncak ,tidur di sana. Dalam perjalanan kami telah singgah di Bogor untuk membeli barangan kulit . Bogor mmg terkenal dgn kasut dan tas tgn . Selepas itu singgah di Safari Indonesia.

Badak sumbu ini mmg besar. Kalau nak kenduri mmg cukup satu kpg boleh makan... he,he,he.Bayaran masuk juga sudah naik ,thn lepas 100 ribu  rupiah bagi seorang. Tahun ini dah jadi 125 ribu rupiah. Bayaran juga tak sama antara pelancong tempatan dan asing .

Di dalamnya terdapat pelbagai pilihan untuk diterokai, ada kabel car(40 ribu rupiah), kereta api (15 ribu rupiah), kedai cenderamata, kolam mandi-manda, cafe, pertunjukan binatang spt gajah, menaiki unta, kuda padi (boleh ambil gambar) dll.

                              Bergambar dengan harimau belang putih ini dikenakan 10 ribu rupiah.






Dari Safari kami tiba di Puncak , bermlm di Hotel Surya Indah, ala-ala chalet gitu.
Cuaca yang sejuk dan pemandangan yg cantik mencipta memori indah utk dikenang.

Makan malam di hotel Surya.

Di sini kami dihidangkan masakan Sunda.

Lelaki ini tidak berputus asa utk menjual barangannya. Dia menjual rantai yg diperbuat drp manik & batu gunung. Dari restoren dia mengikuti sampai ke dpn bilik. Tapi aku jual mahal tak layan. Akhir sekali , masa bas nak jln baru aku beli 10 utas hampir 200ribu rupiah-rantai batu gunung siap dgn loket sekali. Mmg dari awal dok berkenan dah, saja nak beli saat akhir. Kut 2 dapat murah.

Rata2 peniaga menunggu  di hotel sejak dari pagi lagi sebelum kami bersarapan lagi. Sebelum kami tiba mereka dah ada di kawasan hotel. Bukan seorg dua. tapi ramai.

Penjual capaldr kulit. Aku dapat beli 2 psg dgn harga rm 10. Buatan tgn lagi.

1 comment:

  1. salam Nieda, seronoknya bercuti2 bersama keluarga. Nice blog. :)

    ReplyDelete