07 December 2010

Hari ke3 di Indonesia

Salam untuk semua.

Bersama sahabat baik  Ana ,sejak sekolah dulu. Dia dtg bersama tujuh ahli keluarga .

Kami tidur di Puncak suasana dlm suasana yg sejuk dan nyaman. Bilik tidak dibekalkan dgn kipas angin atau penghawa dingin. Air sejuk seperti ais.  Selepas makan malam ada yg sempat merawat badan dgn urutan spa. Murah sgt. Masa dlm satu jam. Aku ? Tak merasalah sebab ada anak kecik tu.


Di hadapan bilik penginapan.

Dari Puncak, kami menuju ke Tangkuban Perahu. Mengambil masa lebih kurang hampir dua jam . Dari bawah kami menaiki van untuk naik ke atas pula . Di kelilingi dgn hutan fern.


Air di tasik ini boleh merebus telur sehingga masak.Pelancong ramai, penjual pun ramai juga. Kami diekori sehingga nak turun ke bawah semula. Menurut penjual yg mengekori kami itu, semua penduduk kampung mereka bekerja  di Tangkuban Perahu ini. Mereka menjual pelbagai barangan seperti mainan kanak-kanak , magnet peti sejuk,pen, key-chain, mafla & topi, baju panas, baju tiga segi(mcm aku pakai di gmbr atas) dan macam2 lagi cenderamata.

Terdapat seramai 2000 orang yg menjual di situ. Mereka bekerja mengikut giliran . Mereka sgt agresif berbanding penjual di Jakarta atau Bandung. Magnet peti sejuk berharga seratus ribu rupiah ( 2 keping). Tetapi ada yg dpt beli 24 keping dgn harga yg sama  semasa bas kami dah nak jln.

Antara ahli rombongan kami. Yg paling tua berumur 73 tahun  (ayah Ana) dan yg paling muda setahun setengah.



Bahagian yg melengkung (belakang gambar kami) itu dikatakan perahu yg disumpah menjadi batu. Di sini memang dikhaskan bagi menonjolkan imej perahu itu.

Dari Tangkuban Perahu , kami ke Bandung utk membeli belah di Pasar Baru.
Makan tengahari di atas Pasar baru, lps boleh terus shopping. Nasi yg dibalut dgn dau pisang.

1 comment: