17 January 2011

Hobi Saya .

Kalau jejalan , tak lupa nak membeli pelekat magnet kat peti sejuk. Tak tahulah sejak bila mula mengumpul, sedar-sedar dah banyak melekat kat peti sejuk tu.

Mula-mula suka beli bentuk buah-buah ke , lepas tu rasa macam tak best pulak. Macam boleh dapat kat mana-mana. Kat kedai depan rumah pun boleh dapatkan. Terfikirlah pulak nak yang ada value sikit.  Misalnya , boleh mengingatkan kita  dan memberi kenangan, kita dah sampai tempat ni. Macam yang ada nama negara yang dilawati. Sabah , Sarawak , Langkawi ke atau mana-mana tempat kita dah sampai. Itu rasa ok sikitla pada aku. Bila tengok nanti, tempat ni dah sampai. Macam tu lah lebih kurangkan.

Antara yang aku dah ada, magnet dari Sabah, Sarawak, Pangkor, Thailand, Langkawi, China (Tembok Besar),Indonesia, Perlis , Vietnam , Pusat Sains Negara, Cameron Hingland, Melaka, Trengganu dan pelbagai bentuk buah-buahan .

Ada yang kawan hadiahkan. Maklumlah dah tahu kite suka kumpul benda ni. Atau suami yang beli jika dia berpergian. Untuk isteri yg kena tinggal kan,kan, kan.

Ada yang mahal , ada yang murah. Paling mahal aku beli di Jakarta dulu .Beli 2 pelekat magnet ni dekat 70 rupiah. Ambil juga masa tu dah kat airport , nak balik Malaysia. Nak habiskan rupiah yang masih ada .

Masa jalan2  kat sana ada jumpa , 4 keping dlm 50 rph. Rasa mahal ,  nak cari yg murah sikit.  Last -last dapat kat airport tu jugak....

Kumpul jangan tak kumpul..

4 comments:

  1. waa..dah banyak tu. Sedar tak sedar nanti hampir cover pintu peti ais :-)

    ReplyDelete
  2. sy pun suka kumpul FM skrg,
    dulu2 kumpul t-shirt smpi x terpakai dah...
    lps ni x tahu la nak kumpul apa pula...

    ReplyDelete
  3. itu pun hobi baru kita.thn lps g Thai, beli le pelekat magnet tu.n timbul lak mnt nak kmpl magnet tu.kalo dpt tukar2 best jg ya

    ReplyDelete
  4. ladylavender, Fa10 & anie,Nagoya :Hobi ni ramai yg suka sbb magnet ni cantik & dpt menceriakan peti sejuk kita kan.Lagi pun harga mampu beli. Istimewa utk jadikan kenangan.

    ReplyDelete