19 January 2011

Tahniah Khas buat Luna dan Nadiah-KPLI 2011

Keputusan KPLI dah keluar . Sekarang tengah sibuk buat persiapan nak masuk maktab. Bukan senang nak terpilih .Dah dapat bersyukur sangat-sangatkan. Kenapa aku rajin sangat nak buat entry khas untuk depa dua orang ni ha?? Sebabnya Aku pun pernah merasa apa yang depa rasa.

Dulu nak jadi cikgu, temuduga dah banyak kali . Tapi  dapat dak juga. Mohon masa anak dara sampai dah jadi bini orang barulah dapat. Itu pun mungkin rezeki anak sulung kut (masa tu mengandung anak sulung 3 bulan). Maka pergilah aku mendaftar nun di MPIK , KL. Jauh meninggalkan suami tercinta .Terpaksalah sebab itu yg nak sangat. Tapi setiap minggu cik suami akan berkunjung ke KL jumpa isteri.

Arwah  Nenda aku bukan suka aku kerja lain. Dia  suruh jadi cikgu jugak2.  Kerja lain tak bagi punya. Maklumlah cucu dia dua orang saja, aku dan adik aku. Dua -dua pompuan. Wah , jadi cucu kesayangan pulak. Ini memang fakta. Ecehhh.  Kamilah intan payung mereka. Ayah pula anak tunggal. Tak ada harapan lah nak ada  cucu yang lain.

Kawan-kawan seangkatan semua dah dapat masuk maktab . Tinggal aku aja sorang2 tak lepas lagi. Dah tu dok tunggu apa lagi. Nak  pula ada org masuk minang,  kawin dulu. Nasib baik dapat juga jadi cikgu.

Oleh sebab  dok KL dekat dengan Kementerian , jadi mudahlah kami pergi berurusan tukar maktab. Tapi selepas bersalinlah . Lepas ada anak kecik , aku pun bertukar ke MPPP.

Tentu Luna dan Nadiah tengah happy sekarang. Harapan dah  menjadi nyata. Lagi pun setahun tak lama. Lepas tu dah keluar kerja. Semoga mereka berdua akan suksess mengejar ilmu sebagai guru yang cemerlang dan terbilang untuk mendidik anak bangsa tercinta.

5 comments:

  1. Alhamdulillah kak, mmg bagai mimpi jd kenyataan..bkn setahun dua mencuba..tp hampir 7 kali dlm masa 9 tahun...ikut umur luqman lah..dr zaman paper ke zaman online dr umur 23 hingga 32 ni baru ada rezeki..apapun semua usaha tu amat berbaloi dan mengajar sy pelbagai perkara!

    ReplyDelete
  2. Kak Ida pun pernah merasa apa yg Luna rasa sekarang.

    ReplyDelete
  3. Heeee..saya yg tak berapa minat sgt nak jadik cikgu ni pon eksaited sama dgr kak luna dah berjaya..Usaha 7 kali dlm masa 9 thn tu memang berbaloi-baloi! Tahniah sekali lagi utk kak luna..:D

    ReplyDelete
  4. Salam..Akak!! Maceh..
    Betui2..bile da dapat, rasa bersyukur yg amat sngt..Alhamdulillah, 1st apply opsyen maths tak dapat, kali kedua mintak opsyen english, barula dapat..
    Maceh buat akk dan makcu yg doakan saya..Bila dapat tau dari abah yang cek dapat, nanges keharuan..uhuk2..~~aiyak cengeng si nadiah ni..hahaha =.=

    Doakan kami bakal2 guru dapat jadi guru yang berdedikasi dan komited..

    Mabruk (Tahniah) juga buat kak Luna.. [",]

    Jazakillah Khairan Kathira..

    ReplyDelete
  5. Sekarang Luna dan Nadiah tentu sibuk dgn minggu orientasi kan.

    ReplyDelete