07 February 2011

Kebun Mak Tok.

Hai dah lebih seminggu mak tok menghilangkan diri. Menziarah kaum keluarganya dan merangkap makan kenduri sekali di KL. Mak tak rindu ke pokok dan sayur belakang rumah ni? Tapi pokok -pokok dan sayur ni pulak yang rindukan tuannya. Yalah, sekarang ni musim panas. Selalu mak tok yang rajin siram dan belai tanamannya tu.

Ada serba sikit yang ditanam . Bolehlah lepas duit ke pasar. Cili kecil belakang rumah ni ,dah lama  tak  beli. Tak habislah  pulak . Dapat bagi kat jiran tetangga. Sesak-sesak nak buat nasi goreng  ke apa -apa , petik aje. Siap nasi goreng.




Selain pokok cili ada lagi tanaman lain yang ditanam . Ada bendi, kangkung, betik , rosselle, daun kesum, pandan ,dan serai . Musim rosselle berbuah ranum, paling jauh kat Bentong buah tu sampai .Rumah adik ipar. Sedap buat sirap rosselle. Banyak khasiat pula tu.

                                                



Asalnya pokok betik ni satu pun  tak ada  kat rumah kami. Sebab selalu sangat beli betik  , Mak tok ni pun taman betik dari biji  dari buah yang dibeli tulah. Sekarang tak yah beli dah.



                    Kangkung ni bolehlah buat sayur kalau bekalan dalam peti sejuk dah kepupusan.
Post a Comment