04 April 2011

DOMPETKU HILANG.

Belum pernah lagi aku kehilangan dompet. Tapi hari Ahad lepas dompetku dah hilang. Dalam dompet tu serba serbi ada. Lesen memandu, IC, kad bank, kad minyak , kad Cosway , 1001 kad lagi. Tapi yang bestnya duit hanya ada dalam RM 10  saja. Nasib baik tak sumbat duit ribu -riban dalam dompet tu.

Kisahnya baru sedar bila sampai kat asrama anak petang tu. Tengok2 dah tak ada. Patut handbag ringan saja. Punyalah risau, kat manalah hilang. Sebab sebelum tu dah singgah TESCO beli kasut anak sekolah anak kat Bata di situ. Masalahnya duit tak ambil dari dompet , duit simpana tempat berzip dalam handbag. Jadi tak sedar lagi dompet tak ada.

Duit tak berapa nak ada dalam dompet tu sebab tu kira tak berapa nak kepoh. Tapi kad2 tu yg buat masalah pulak.


First time telepon kat mak di rumah, dia kata tak ada terjatuh ke apa. nak makan KFC cik abang belanja pun tak lalu. Dok berkira nak buat report kat polis dah.
Tiba2 mak telepon jumpa pulak . Si Wafi anak aku yang jumpa duduk bawah meja.Lega. Nasib baik tak report Polis lagi , kalu tak....
Post a Comment