25 May 2011

BASIKAL ROSAK.


Bila dua beradik lelaki hanya selang setahun umurnya, jadi macam kembar pula. Beli kat abang sesuatu , si adik pun kena beli juga. Beli baju kak abang adik pun nak sama. Beli basikal kat sorang, sorang lagi pun nak juga. Basikal  si abang rosak , basikal adik pun rosak juga. Sama masa dan ketika pula tu.

Minggu lepas baru hantar kedai , basikal si adik rosak. Brek basikal mencekam roda sampai tak boleh bergerak. Hantar ke kedai, petang ambil . Untungnya tak payah bayar. Mungkin hanya buka dan pasang balik brek tu kut. 

Hari ni , basikal abang pula kena hantar ke kedai. Kedua-dua tayar kempis. Hari tu dah pergi tampal roda tu. Tup-tup esoknya kempis balik. Astaga. Tampal ke tak?

Apek kedai basikal ni dah beroperasi dengan anak bujang dia. Dulu dia kerja sorang-sorang. Servis bagus. Bila sampai ja kedai, si anak tu siap datang kat kereta tolong usung basikal rosal tu keluar. Respek la kat dia.

Hari ni tak tahu nak kena berapa ? Tak ambil lagi basikal kat kedai. 
Post a Comment