26 May 2011

JENG,JENG ADA TETAMU JAUH NAK DATANG.



Dah 17 tahun lebih saudaraku( dua pupu ) ini tidak datang berkunjung ke rumah kami. Kali terakhir dia datang masa aku nakdiijabkabulkan. Masa tu dia pun masih dara sunti di awal remaja. Sekarang dah ada anak. Semasa dia berkahwin aku pergi meraikan bersama keluarga di KL.

Cuti 1 Mei lalu (ada dlm entry yg lepas) , kenduri Fatin dan Sofian di Bangi pun tak sempat berjumpa. Hanya tengok dari jauh sahaja. Bila dah sudah makan dia pun dah balik.

Kunjung mengunjung antara keluarga perlu untuk mengeratkan silatulrahim. Atas alasan kesibukan hubungan kaum kerabat semakin renggang. Kadang-kala antara sepupu pun dah jauh .Buat hal masing-masing.

Berbanding zaman dulu-dulu, nenek moyang zaman dulu sangat menjaga hubungan kekeluargaan. Sepupu-sepapat pun mesra macam adik beradik kandung.

No comments:

Post a Comment