24 May 2011

SEMUT DAH MASUK TELINGA SEMALAM.



Baru sahaja bagi komen kat blog Cik Cempaka SINI pasal semut masuk dalam telinga , tup-tup seekor semut merah dah masuk dalam telingaku  malam tadi. Nasib baik tak lama di meronda. Bila terasa  ada semut, terus suluh dengan handphone yang memang ada bawah bantal tak lama kemudian nampak dia keluar.Alhamdullilah.

Sebenarnya , dah lama semut tak masuk dalam telinga ni. Padahal zaman remaja dan kanak-kanak dulu kejadian sebegini memang dah jadi wajib bagiku. Kenapa semut ni suka sangat masuk dalam telingaku , kenapa tak masuk dalam telinga orang lain?  Agaknya tahi telingaku manis kut.

Bila semut dah masuk ke dalam telinga, setakat ronda-ronda tak jadi masalah . Tapi kalau dah mula mengigit ...aduhai rasa nak tercabut telinga tu. Siap bunyi berdesing semacam  dan  rasa sakit lagi. Memang satu rumah boleh terjaga dari  tidur.

Masa tu siap dapat petua macam -macam. Masukkan hujung kacip besi ke dalam lubang telinga satu daripada petua yang diberi. Memang menjadi. Tahan juga  beberapa lama sebelum telinga dimasuki dengan semut. Satu lagi petua , kalau telinga masuk semut suluh dengan lampu suluh atau handphone kita. Sure dia keluar dengan cepat sebab dia nampak jalan keluar. Petua ni paling membantu.

Hai semut , semut. Walaupun kecil tadi penangannya bisa buat kita tumbang.

2 comments: