Pagi-pagi dah kena gerak dengan bunyi telefon untuk solat Subuh dari bahagian receptionist Hotel Serena. Sebenarnya , mata memang dah terjaga sebelum tu lagi. Lepas kena gerak memang tak boleh sambung tidur lagi.
Kalau kat Malaysia mesti dah kena pelekong.Opps.. jangan marah.
Para peniaga Indonesia sibuk berkampung di depan Hotel Serena berjual barangan mereka. Istimewa pen yang berukir nama sendiri boleh dibawa pulang untuk kenang-kenangan dari Bandung.
Bergambar bersama kawan-kawan zaman sekolah. Sukanya dapat cuti bersama.
Mereka dalam program lawatan ke universiti Indonesia. Bermalam di hotel yang sama. Berjumpa semasa sarapan pagi secara kebetulan. Sebelum tu dah nampak ahli rombongan mereka yang lain dengan baju koporat dari Malaysia. Tak sangka pula dapat berjumpa anak murid sendiri yang dah besar panjang di tempat asing .
Selepas sarapan kami bertolak ke Tangkuban Prahu. Kawah Gunung berapi yang terkenal dengan metos anak dan ibu kandung yang terpisah kemudian bertemu semula sebagai pasangan kekasih.
Gambar ada masalah nak masuk pula. Nanti akan saya masukkan kemudian.
Bye.
akakkkkk lawanya baju akak sy suka tau...
ReplyDeleteHanis, baju biasa2 aja.
ReplyDeletekalau ada org ajak gi jakarta atau pun bandung, hati ni tak teringin lagi dah gi sebab dah merasa dah duk kat jakarta tu..memang barang murah puas shopping tapi malaysia gak yang best..tapi tak taulah di kemudian hari
ReplyDeleteX tau lah kak ina. Bagi kami yg dok pergi sekejap2 ni rasa terujalah juga sebab boleh jadi jutawan sekejap hi,hi...
ReplyDelete