14 June 2011

TANGKUBAN PARAHU


Sebelum tiba Tangkuban Perahu , pelancong perlu membeli tiket untuk naik van naik ke atas gunung Tangkuban Perahu. Gunung ke?? Tapi puncak tertinggi di situ yang menjadi tumpuan orang ramai . Sekeliling kiri dan kanan menuju ke atas dipenuhi dengan pokok yang tinggi dan lurus  seperti pokok pain. Luas juga pokok-pokok ini kelihatan di sepanjang jalan .

Kalau sampai kat sini , tempat ni wajib dituju. Mesti ambil gambar tanda dah pernah sampai ke Tangkuban Parahu.

Berebut nak bergambar, tak sabar-sabar. Ramai lagi dok tunggu giliran.


Kelihatan bukit yang landai di belakang kami itu , ialah kapal Tangkuban yang 
terlangkup dan disumpah menjadi batu. Di bawahnya kelihatan wap panas berkepul-kepul naik ke udara. Boleh rebus telur sehingga masak. Jalan ke situ jauh, telah diingatkan oleh Feri jangan ikut kalau dipelawa oleh orang yang mencari nafkah kat situ.

Kawah yang dalam di belakang kami.Bekas letusan gunung berapi. Bau belerang yang
 kuat membuatkan aku pening seketika.

Mak Dara sedang bercanda.

Kelihatan di bawah orang ramai dari menara pemerhati. Sejuk berangin 
ditiup bayu. Nyaman sekali .

Buah strawberi rasanya yang manis banyak dijual di sini. Harga murah tapi tak boleh 
bawa balik ke Malaysia. Habis dalam bas dimakan oleh Izzat sorang. Suka sangat dia.

Di sini juga boleh menaiki kuda ronda-ronda sambil ambil gambar buat kenangan.

Aziz Aljaffari
                                                    Cikgu Aziz tak lepas peluang naik kuda.

Di sini juga pelbagai barangan dijual, tapi kena pandai tawar kalau tak kena bayar lebih.


Tahu berapa harga yang ditawarkan? Rp100,000. Mak oooi, mahalnya. Boleh dapat beg tangan satu. Dalam banyak tempat ,FM Indonesia paling mahal nak beli. 


Pemandangan dari dalam bas sepanjang jalan di sana.

Jangan jemu ada lagi citer di sana... 

No comments:

Post a Comment