Tengoklah gambar tu, snap tengah tunggu lif naik ke tempat makan paras 6. Nampak nasi lemak tu, sebenarnya tak perasan pun . Nak ambil gambar lain sebenarnya tapi termasuk pula nasi lemak tu.
Makan nasi timbel (kalau tak silap eja). Kalau salah jangan marah. Nasi dibalut dengan daun pisang. Rasa tak cukup satu pinggan. Sedap pula makan tengah lapar ni. Paling enak pekena sambal dua warna tu-merah dan hijau.Terangkat. Ada keropok, ayam goreng, tauhu goreng dan ulam -ulaman. Mengambil kesempatan mencuba pelbagai makanan semasa di Indonesia.
Berkumpul ramai-ramai di pintu utama menunggu bas .
Dah puas membeli belah , empat jam di situ. Itu pun tak puas hati lagi. Ingat lama bila diberi masa empat jam tu. Bila kita sendiri di situ tak cukup pula.
Pemuda ni sedang menjual bakat kat kami semua. Punya sibuk kat Pasar Baru ni boleh sesat dari kawan-kawan. Pemandangan ini ada satu yang biasa. Nak parking bas pun susah. Pasar Baru yang bertingkat-tingkat
dengan pelbagai jualan sangat happening. Kat sini elok membeli telekung , beg tangan (selain di Bogor dan Cidabayut tempat kulit , Kompleks Cempaka Mas) , blaus, pelikat, kain balik sarung, kain ela, baju pengantin , kain lace dan banyak lagi.
Kalau di Jakarta bagi saya telekungnya tak sebanyak seperti di sini. Harganya juga mahal sikit. Tapi sesungguhnya harga telekung di Pasar Baru semakin tinggi . Setiap kali pergi semakin bertambah harganya. Kali ini naik dua kali ganda. Oh sedihnya. Mungkinkah permintaan yang tinggi dari pelancong Malaysia terhadap telekung mereka. Manakan tidak ,orang Malaysia borong banyak-banyak . Sorang beli berbelas-belas helai untuk buah tangan kawan dan sanak saudara di Malaysia.
Kali ni aku beli dua helai saja sebagai kenangan dari Bandung untuk kegunaan sendiri.
Dari Pasar Baru kami menuju ke Puncak untuk bermalam di sana-Surya Indah. Nantikan cerita berlulur di Puncak hingga jam 2 pagi Malaysia. Tak tahannn.
No comments:
Post a Comment