Buat Duit

Sunday, October 30, 2011

Roti sosej

Hari minggu layan roti sosej. Tapi apalah silap hari ni.Pukul 7 pagi mengguli pukul 7 malam baru boleh bakar. Baru roti ni naik dengan cantik. Selalu buat sekejap saja uli , dah naik penuh besen.

Bila anak dara balik dari asrama, maknya macam-macam nak masak. Semalam yang sulung tu minta buatkan cheese cake. Memandangkan ada slice cheese saja kat rumah, kami buat Slice Cheese Cake ikut resepi Kak Nor Secubit garam.Resepi kat sini.

Sebelum tu dah buat kek batik .Ada biskut marie lebih sikit dulu.Kek batik ni sekejap ja licin.Budak-budak suka rasa coklat tu.

Ni roti sosej yang lambat naik.

Tak comel . Dalam tak cun ni pun diam2 si Izzat dah habiskan 6 biji sorang-sorang.

Sosej menunjukkan diri.

Roti ini hanya di buat dibuat bentuk oval dan dipaipkan mayonis di atasnya.kalau letak 1000 island lagi sedap rasanya. Ini saja bentuk yang mudah yang boleh saya buat.


1 comment:

  1. Bila ada mayonis kat atas tu rasa sedap bila dimkn dgn sosej.

    ReplyDelete