01 November 2011

500 Rupiah


Baik sungguh Shauqi  sepanjang perjalanan 2 hari 1 malam ke Penang dan Kedah.Tak meragam.Berbanding masa ke Jakarta bulan 12 tahun lepas. Dengan masalah cirit birit yang kena kat dia, memang meletihkan. Bayangkan waktu terlena dalam bas pun boleh tembus najis dia.Tak nak ingat dah . Bagaikan ingatan ngeri pula.

Kenangan yang tak dapat saya lupakan ialah bila dia mengamuk bila tak dapat gula-gula lolipod . Sebiji macam yang dia dok pegang dalam gambar tu. Masa tu dah malam, kami singgah sebuah kedai kasut dan beg kulit . Agaknya badan dah penat berjalan seharian.

Cibaduyut ke mana tah ? Masa nak memilih kasut pun dah mula dia buat perangai. Menangis sampai terguling-guling atas lantai kedai.

Mak dia dok layan pilih kasut lagi. Masa nak bayar kat kaunter dia terpandang gula-gula tu. Mak dia pun tanya   berapa harga gula-gula tu. 500 katanya. Alamak kalau beli beg tangan pun tak sampai harga tu. Si anak dah dok menangis nak juga. Tapi maknya tak berani nak ambil. Mahalnya kata dalam hati.

Dalam fikiran si mak 500 ribu rupiah.Kan duit di sana semua besar-besar.Si anak  meraung tak tahu nak cakap. Masa tu abahnya pun lesap kat mana tak nampak bayang. Masing-masing nak beli barang .

Sampai atas bas , mak pun mengadu kat abahnya. Abah pun turun balik pergi borong gula-gula untuk si anak.
Akhirnya baru tahu , bukan 500 ribu rupiah . Cuma 500 rupiah saja. Tersilap dengar gabra anak menangis. Kalau duit kita hanya berapa sen sahaja.Mak ditertawa oleh si abah  ha, ha,ha.

Gembirnya dia . Boleh jalan-jalan dalam bas lagi.


7 comments:

  1. Comelnya shauqi itu ah mcm tk logik je 500 ribu rupiah...

    ReplyDelete
  2. Gabra punya pasaila..anak dok menangis.

    ReplyDelete
  3. Salam kenal. Ibu Yusuf dan maryam follow blog kak nieda

    ReplyDelete
  4. budak2 ni kan,senjata dia guling2 tu lah.dah tu,kita jadi malu pulak tepaksalah ikut je kan.kang kata pulak;tgok tu mak dia soping sakan,dia biokan anknya melalak guling2...aduhai...tu pndai 'auta' itu budak...hihi

    ReplyDelete
  5. dah dapat baru senyum ye shauqi...hehe...

    ReplyDelete
  6. kak, kalau ada masa tlg check n3 ni ye

    http://chequesuechekgu.blogspot.com/2011/10/peserta-ga-resepi-pilihan-pemenang.html

    ReplyDelete
  7. Kak Zai tergelak bila Nieda cakap pasal rupiah.Kenangan kak Zai pula setiap kali membeli masa di Bandung tengok kat kertas yang disalin sebelum pergi hahaha....

    ReplyDelete