11 November 2011

Dah dekat SPM 2011.

Minggu depan 14.11.2011 semua pelajar F5 akan menduduki peperiksaan besar mereka. Dari sini lah mereka akan mengorak langkah untuk masa depan. Nak jadi doktor, nak jadi jurutera, pensyarah, lawyer ke apa dari SPM lah.

Bila nak mengisi borang ke IPTA atau universiti pilihlah bidang yang sesuai mengikut  pasaran semasa. Selain minat ,  kekosongan kerja perlu juga difikirkan.

Jumaat lepas , saya menghadiri bacaan Yassin dan solat hajat di sekolah anak . YDP PIBG  sekolah tersebut berpesan seandainya anak-anak kita yang berada jauh terutama di bandar besar, ibu bapa perlu selalu melawat dan buat lawatan mengejut. Takut anak-anak ini jauh dari kita dan mudah terpedaya dengan dunia baru.

Macam-macam lagi yang dipesan sampai bacaan yassin pun dah terlajak masa.

Anak nak ambil exam , mak pula yang kecut perut.

Harapan mak,  Nur Alia akan dapat menjawab dengan tenang dan cemerlang. Kepada semua anak-anak dan calon-calon SPM tahun ini akan beroleh kejayaan cemerlang. Usaha sambil berdoa semoga anda semua akan berjaya.

Selamat maju jaya dalam perjuangan.

4 comments:

  1. dulu masa spm saya belajar main2 sekarang dah tua baru menyesal..tp ilmu tak akan habis sampai mati..kita wajib mempelajarinya..

    ReplyDelete
  2. semoga semua anak2..termasuk anak nieda..akan beroleh kejayaan dan dapat menghadapi SPM dengan tenang.

    ReplyDelete
  3. Good luck buat anak Nieda dan semua pelajar yang mengambil SPM.

    ReplyDelete