22 December 2011

Makan sate kajang Hj Samuri ..... tapi bukan kat Kajang.


Pada sebelah malam sebelum bertolak ke Melaka kami berpakat keluar makan ramai-ramai. Abang Lan cadang kami makan sate malam tu, sate Hj Samuri tapi si Selayang saja dekat dengan rumah Abang Lan.

 Hafiz dengan ABC .




Makan ramai -ramai dalam 14 orang dengan 5 orang dewasa dan lain-lain anak-anak. Secucuk 70 sen. Tak tahu berapa cucuk yang dioder .

Bila ramai-ramai ini macam-macam air yang diminta. Ada teh tarik atau teh panas, budak-budak milo ais memanjang, anak dara 2 orang tu order ABC. Boleh merasa  sikit.

Satu saja kat kawasan Selayang berhampiran MyDin store ini sangatlah sesak dengan orang ramai dan susah nak dapatkan parking. Kawasan ni memang menjadi tumpuan sebab strategik dengan kedai-kedai utama berada di sini. Round dua kali baru dapat. Tapi nak makan sabar ajalah. 

Tahniah untuk semua pelajar PMR yang mengambil keputusan hari ini. Ada gembira ada yang sedih. Yang kurang berjaya masih ada satu tangga yang menanti. Bagi yang cemerlang teruskan usaha. Tahundepa bukan tahun berbulan madu.Tetapi tahun mengorak langkah menuju alam pilihan masa depan.


Malam baru boleh post entry hari ini....huhu.


Post a Comment